Bab 42

5.3K 240 34
                                    

MATA Haykarl terpaku lama pada sesusuk tubuh Fatimah yang sedang ralit memasak di dapur. Dari belakang Haykarl dapat melihat liuk lentok tubuh isteri yang teramat dirinduinya. Rambut Fatimah yang sudah panjang mencecah pinggang itu disanggul tinggi menampakkan lehernya yang putih. Haykarl menelan air liurnya berkali kali.

Walaupun Fatimah sedang berdiri membelakanginya sekarang, Haykarl dapat membayangkan dengan jelas kejelitaan dan keayuan isterinya itu. Rindunya kepada Fatimah, hanya Allah saja yang tahu. Perlahan lahan kakinya menapak ke arah Fatimah.

Tidak sampai dua minit, tangannya sudah melingkar kemas di pinggang Fatimah. Terus tubuh hangat Fatimah bersatu dengan tubuh sasa miliknya. Hangat dan membara. Bau tubuh Fatimah terus membuai naluri lelaki Haykarl. Haykarl terlalu merindu. Semakin erat pelukannya di pinggang Fatimah. Argh! Rindu!!

Fatimah terpegun. Tangannya yang tadinya sedang ralit mengacau kari ikan itu terus kaku. Tubuhnya terus keras kejung. Jantung Fatimah terasa mahu tertanggal. Hay- Haykarl?

Dagu Haykarl sudah mendarat kemas di atas bahu Fatimah. Terasa nafas lembut Haykarl menyapa pipi Fatimah. Mata Fatimah terus terpejam rapat. Terasa sesak nafasnya.

"Terima kasih sayang sebab sudi kembali semula pada Abang" Bisik Haykarl lembut di telinga Fatimah.

Terus mata Fatimah terbuka luas. Mendengar suara Haykarl bagaikan merobek semula luka di dalam hatinya. "Tolong jangan perasan sangat boleh tak?!" Bentak Fatimah perlahan. Pelukan Haykarl di pinggangnya dileraikan. Teringat kembali layanan Haykarl kepadanya tempoh hari. Sepantas kilat dirinya berubah menjadi dingin. Kehangatan tubuh Haykarl begitu kejap melekat di tubuhnya tadi tidak cukup kuat untuk mencairkan hati dan perasaannya yang telah lama membeku.

Haykarl terkedu. Riak kecewa terus terbias di wajahnya. Wajah ayu milik Fatimah dipandang dalam dalam. Tiada lagi kemesraan yang terpamer dalam seraut wajah lembut itu. Senyuman manis yang selama ini sentiasa mekar di bibir merah basah milik isterinya itu juga seakan akan sudah mati. Haykarl cuba untuk membaca apa yang tersirat dalam hati kecil Fatimah. Namun dia berasa hampa. Sorotan mata bundar milik Fatimah yang membalas renungan matanya itu tampak kosong tanpa perasaan.

"Kenapa ni, sayang? Abang ingatkan sayang dah maafkan abang" Suara Haykarl merintih. Wajahnya cuba dimaniskan walaupun nampak benar cacatnya. Dia cuba mengusir jauh rasa kecewa di dalam hati. Andai ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan semula cinta Fatimah, dia rela dikecewakan untuk berkali kali.

Fatimah ketawa. Sinis sekali. "Haykarl. Awak ni waras ke tak sebenarnya? Apahal pulak tiba tiba nak bersayang sayang bagai ni? Saya balik ke sini semula bukannya bermakna saya dah maafkan awak tau. Saya balik semula sebab saya ada rasa tanggungjawab. Tak semudah itu untuk saya lupakan segala apa yang telah awak lakukan pada saya. Lukanya. Bisanya. Masih terasa sampai sekarang. Jadi tolong jaga sikit kelakuan awak. Jangan suka suka hati awak nak sentuh saya, nak peluk saya!" Tegas Fatimah. Tubuhnya kembali dipusingkan. Tangannya kembali ligat mengacau kari ikan di dalam periuk.

"Sampai macamtu sekali Fatimah bencikan Abang?" Tanya Haykarl. Merintih. Dia masih berdiri tegak di belakang Fatimah.

"Lebih daripada tu!!" Balas Fatimah meninggi.

Lama Haykarl terdiam. "Takpelah. Abang tahu Fatimah masih belum boleh maafkan abang. Fatimah sudi balik ke sini semula pun abang dah bersyukur sangat sangat" Haykarl masih lagi berlembut. Kata kata Fatimah tadi langsung tidak menjadi kudis dalam hatinya. Dia tahu. Inilah bayaran yang perlu dibayar atas segala derita yang ditanggung oleh Fatimah selama ini. Dia sanggup untuk terima apa saja hukuman yang akan Fatimah berikan kepadanya asalkan Fatimah sanggup hidup bersamanya.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now