Bab 16

3K 190 40
                                    

AZAN subuh sayup sayup kedengaran di telinga Fatimah. Dia mengeliat malas. Bunyi kokokan ayam juga jelas kedengaran. Mengejutkan semua manusia agar bangun menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta.

Fatimah masih kekal di tempat tidur. Cuaca yang sejuk membuatkan dia berasa begitu liat untuk bangun. Rasa sejuk itu mencengkam sampai ke tulang. Perasaan malas mula menguasai dirinya.

Apeni Fatimah! Bangun cepat! Cuba kau bayangkan, malaikat maut datang cabut nyawa kau disaat kau belum sempat menunaikan solat subuh ni. Kau nak ke? Argh seram! Ucap suara hatinya.

Apabila teringatkan saja tentang itu, Fatimah cepat cepat bangun. Digagahkan jua dirinya melawan kesejukan dan kemalasan yang betul betul mencengkam jiwa. Selesai membersihkan diri dengan berwuduk, Fatimah terus menunaikan solat subuh dengan khusyuknya.

Panjang sekali doa yang dipanjatkan. Doa untuk kedua dua orang tuanya yang telah lama pergi agar tenang disana. Doa untuk Mak Yek, meminta supaya Allah melindungi makciknya walau dimana pun dia berada. Doa untuk dirinya sendiri, agar diberikan kekuatan dalam menempuh segala ujian dan dugaan yang diberikan. Dia memohon juga agar suatu hari nanti akan ada sinar kebahagiaan buat dirinya. Meminta agar jodohnya bersama Haykarl berpanjangan sampailah ke syurga.

Fatimah telah berjanji dengan dirinya untuk terus setia dengan Haykarl selagi lelaki itu mahukan dia menjadi isterinya. Fatimah akan tetap menanti pintu hati Haykarl terbuka untuk menerimanya sebagai seorang isteri. Fatimah teramat yakin andainya memang benar Haykarl ialah lelaki yang telah Allah tetapkan sebagai suaminya, maka itulah yang terbaik untuknya. Dia harus tabah dalam menghadapi segala ujian ini kerana dia yakin untuk menggapai bahagia, perlu menghadapi getir getir kehidupannya terlebih dahulu. Tidak lupa juga doa untuk Haykarl. Agar Allah permudahkan segala urusan suaminya itu.

Selesai berdoa, Fatimah terus membuka telekungnya kemudian memandang ke arah jam yang tergantung kemas di dinding bilik. Sudah pukul 6:30 pagi. Agak agaknya Haykarl dah bangun ke belum ye? Fatimah terus berfikir. Cepat cepat dia melipat telekungnya kemudian bergegas ke bilik Haykarl.

Sebaik saja Fatimah menolak pintu bilik Haykarl, dahinya terus berkerut. Mana dia pergi ni? Desis hati kecil Fatimah.

Fatimah cuba memasang telinga. Aik, bunyi macam suara dari televisyen. Siapa pulak yang tengok TV pagi pagi buta macamni? Dahinya semakin berkerut. Dia terus bergegas ke ruang depan. Bunyi suara dari kaca televisyen jelas kedengaran. Haykarl sudah tercongok diatas sofa sambil menonton televisyen.

"Awal awak tengok TV?" Tegur Fatimah.

Haykarl hanya diam saja. Wajahnya nampak ketat sungguh. Niat untuk duduk bersama dengan Haykarl disitu terus terbatal tatkala melihat wajah ketat yang dipamerkan oleh Haykarl. Nanti tak pasal pasal dia kena marah. Bukan boleh baca angin mamat ni. Takde angin, takde ribut, tahu tahu saja taufan sudah melanda.

"Nak pergi mana?" Langkah Fatimah terus mati. Matanya mula mencari mata Haykarl.

"Nak pergi masak" jawab Fatimah ringkas. Tiada nada mesra dalam suaranya. Biar Haykarl tahu yang dia juga ada anginnya.

"Tak payah masak banyak sangat. Kejap lagi kita dah nak balik Kuantan!" Tegas saja suara Haykarl. Tiada usikan seperti selalu.

"Eh dah nak balik?" Ada riak terkejut dimuka Fatimah. Muka Haykarl yang masih ketat itu dipandang bersungguh. Baru je janji dengan Nurin Irdina nak lepak lepak dekat sungai. Fatimah berasa sedikit kecewa.

"Habistu, kau nak berkampung dekat sini?" Soal Haykarl sinis. Naik berdesing telinga Fatimah.

"Okaylah!" Balas Fatimah perlahan. Kakinya terus melangkah laju menuju ke dapur. Giginya diketap rapat. Geram sungguh dengan Haykarl ni lah!

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now