Bab 25

3.3K 185 18
                                    

FATIMAH membuka matanya perlahan. Dia terbaring lesu diatas sofa. Kepalanya terasa berat yang amat. Sakit kepalanya makin menjadi jadi apabila dia cuba mengimbau kembali apa yang telah berlaku sebentar tadi.

"Fatimah, kau okay ke?" Tanya Nana sebaik saja melihat Fatimah sudah membuka mata. Pandangan Nana redup menyapa wajah Fatimah. Hiba hatinya melihat keadaan Fatimah. Tabahnya hati seorang Nur Fatimah Maisarah. Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersirat dalam hatinya.

Fatimah diam. Pandangan dihala lurus ke arah siling diatas. Macam mana dia nak jawab sedangkan hatinya kini tengah parah sekarang. Kalau diluahkan segala rasa sakit dalam hati, mampukah untuk mereka faham? Sudahnya, biarlah ia terus terpendam.

Zharif yang berdiri di hujung kaki Fatimah berasa sebal. Perasaan bersalah datang dalam dirinya. Sewaktu Fatimah tidak sedarkan diri tadi, Nana sudah menceritakan segala galanya kepada dia tentang Fatimah. Siapa Haykarl dalam hidup Fatimah. Segala galanya sudah jelas. Namun, memang susah untuk dia mempercayainya.

"Fatimah, aku.."

"Kau balik lah! Aku taknak dengar apa apa buat masa sekarang" Belum habis lagi Zharif berkata, Fatimah lebih pantas memotong terlebih dahulu. Dia memang tidak mampu untuk melihat wajah Zharif sekarang. Segala kata kata Zharif tadi sungguh menyakitkan hatinya.

Nana menarik Zharif ke arah muka pintu. Dia tidak boleh lagi melihat Fatimah terus terusan bersedih begitu.

"Kau balik lah dulu. Nanti bila hati dia dah sejuk, kau cubalah pujuk lagi" Tubuh Zharif ditolak ke muka pintu. Zharif menarik nafas panjang. Dengan berat hati dia melangkah pergi.


❤️


BANGLO mewah tiga tingkat itu sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Zharif melangkah longlai memasuki rumahnya. Perasaan bersalah kepada Fatimah masih lagi menguasai diri. Serabut rasanya apabila memikirkan tentang semua itu. Apa kesudahan kisah Haykarl dan Fatimah nanti ye? Apa pulak yang bakal terjadi dalam hubungan Haykarl dan Nurul Huda? Argh! Sungguh dia buntu.

Langkahnya terus diayun lemah. Saat dia melintas bilik kakaknya, langkahnya tiba tiba terhenti. Telinganya seolah olah menangkap suara orang sedang bergelak ketawa. Zharif menjadi pelik.

Takkan bercakap dengan telefon sampai kuat macamtu sekali? Fikir Zharif. Dia berjalan terjengket jengket menghampiri bilik kakaknya. Dengan penuh berhati hati, pintu bilik Nurul Huda ditolak.

"Hah?" Zharif sudah melopong. Macam nak tercabut jantungnya saat itu. Wajahnya pucat tak berdarah. Dia betul betul terkejut dengan apa yang dilihatnya kini. Tubuh Nurul Huda yang separuh bogel itu sedang berpelukan mesra bersama dengan seorang lelaki diatas katil itu terus menjadi tetamu matanya.

Zharif terduduk kaku. Tubuhnya tersandar lesu di dinding luar bilik Nurul Huda. Kedua dua belah tangannya naik menarik rambut. Apa yang dah jadi ni? Siapa pulak lelaki itu?

Persoalan itu datang dalam benak fikirannya. Dia menjadi semakin bingung.


❤️


SEKAWAN burung terbang tinggi menuju ke arah utara. Mungkin mahu pulang ke sarang kerana malam akan mengambil alih tugasnya sedikit masa saja lagi. Langit yang luas terbentang kelihatan sudah berbalam balam dengan warna merah bercampur dengan oren itu membuatkan pemandangan menjadi cantik dan mendamaikan. Senja hampir saja melabuhkan tirainya. Tapi Fatimah masih lagi setia duduk berjuntai kaki di jeti muara Kuala Pahang. Matanya leka perhatikan boat boat nelayan yang mula berlabuh disitu. Beberapa orang nelayan yang baru turun dari boat menghadiahkan senyuman buatnya. Fatimah hanya membalas seadanya.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now