Bab 26

3.2K 174 29
                                    

HAYKARL masih lagi leka di taman bunga milik Fatimah. Cahaya dari lampu yang terpasang di taman itu juga terang yang membuatkan kawasan sekitarnya juga turut menjadi terang. Haykarl dapat melihat dengan jelas kuntum kuntum bunga yang sedang berkembang mekar. Baunya yang harum membuatkan hati Haykarl terbuai indah.

Selesai pulang dari makan malam bersama dengan Nurul Huda, Haykarl terus menapak ke taman bunga itu. Angin malam bertiup sepoi sepoi bahasa. Nyaman menyapa wajah Haykarl. Tapi tidak mampu untuk menyamankan hatinya kini.

"Nurul Huda.."

Ada lelah dalam nada suaranya. Entah mengapa perasaannya terhadap Nurul Huda tidak sekuat dahulu lagi. Semakin dekat tarikh pernikahan mereka, semakin jauh perasaannya terhadap Nurul Huda.

Bunga mawar merah yang sedang berkembang mekar itu ditenungnya lama. Cantik dan harum. Sejurus itu ingatannya terus berpusat pada Fatimah. Alangkah seronoknya kalau Fatimah ada bersama. Dia rindukan senyuman Fatimah. Rindukan Fatimah yang tidak keruan. Rindukan jelingan Fatimah. Rindukan masakan Fatimah. Segalanya tentang Fatimah, dia rindu.

Haykarl masih berfikir fikir mahu menelefon Fatimah ataupun tidak. Petang tadi, Datin Mahani ada menelefonnya. Memberitahu bahawa pada hujung minggu ini, dia mahu datang ke rumah Haykarl. Datin Mahani mintak supaya Haykarl panggil Fatimah balik. Dia mahu berjumpa dengan Fatimah. Rindu katanya.

Haykarl melirik jam tangan di pergelangan tangannya. Baru pukul 11:30 malam. Belum tidur lagi agaknya. Telefon jelah! Aku pun dah lama sangat tak jumpa, kata hati Haykarl. IPhone miliknya dicapai lalu nombor Fatimah terus ditekan. Lama menunggu akhirnya panggilan Haykarl bersambut.

"Assalammualaikum.." Suara lembut Fatimah menjamah telinga Haykarl.

"Waalaikumsalam. Kau sihat?"

"Alhamdulillah.." jawab Fatimah sepatah. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata kata. Rasanya sudah agak lama jugak Haykarl tidak menelefonnya.

Suasana menjadi sepi.

"Em, Mama nak datang hujung minggu ni. Dia mintak kau balik"

Suasana menjadi sepi lagi.

"InsyaAllah.." Pendek saja Fatimah menjawab. Lidahnya memang terasa kelu untuk mengeluarkan kata kata tika ini.

Selepas itu panggilan terus dimatikan. Haykarl merenung lama IPhone miliknya. Kenapa Fatimah begitu dingin? Aku rindukan kau lah, Fatimah! Hati Haykarl merintih. Dia terus merenung jauh ke dada langit.

Tiada bulan ataupun bintang yang menerangi dada langit. Kelam. Sekelam perasaan Haykarl.

Katakan padaku kasih, mana bintangmu yang hilang? Biarkan Aku, gantikan ia.


❤️


PAGI itu, sesudah subuh lagi Fatimah sudah bertolak pulang ke Kuantan. Dia seboleh bolehnya mahu mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Maklumlah, hari minggu begini kebiasaannya kenderaan memang banyak diatas jalan raya kerana ramai orang mengambil peluang ini untuk keluar pergi jalan jalan bersama dengan keluarga dan pasangan tercinta.

Hati Fatimah sedikit berdebar. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Haykarl. Kali terakhir mereka berjumpa pun di rumah sewanya sewaktu dia sakit tempoh hari. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan Haykarl. Setiap kali dia bertentang mata dengan Haykarl, setiap kali itu lah jantungnya tak reti nak duduk diam. Setiap kali Haykarl merenung wajahnya, setiap kali jugalah perasaannya akan terasa dibuai indah. Sah! Dia memang telah jatuh cinta dengan sang suaminya itu.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now