Bab 38

4.7K 226 69
                                    

HAMPIR sebulan berada di kampung sudah cukup membuatkan Fatimah terlupa seketika tentang kemelut yang melanda antara dirinya dan Haykarl. Semakin hari dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupannya sekarang. Walaupun kadangkala ada juga nama Haykarl terpalit dalam hati. Namun dia akan segera mengusirnya supaya menjauh. Jauh dari hati dan ingatannya. Biarlah semua itu hanya tinggal kenangan. Apalah gunanya jika dikenang. Hanya akan menambah luka saja di dalam hati. Haykarl pula, mungkin sedang berbahagia di sana.

Fatimah kini sudah mula selesa dengan rutin hariannya. Bekerja di kedai bunga membuatkan jiwanya berasa tenang. Sepanjang hari menghadap bunga bunga yang segar yang membuatkan mindanya sentiasa berasa lapang. Biarlah dia bahagia begini. Dia mahu terus begini. Tapi, mampukah dia untuk menipu hati sendiri? Hakikatnya, sampai saat ini nama Haykarl masih tetap utuh di dalam hatinya.


❤️


HAYKARL masih ralit membelek pokok pokok bunga di taman bunga milik Fatimah pada petang itu. Sudah hampir sebulan Fatimah menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita yang cukup membuatkan hidup Haykarl menjadi huru hara. Jika dulu, berminggu minggu lamanya dia menyepikan dirinya daripada Fatimah, langsung dia tak berasa apa apa. Tetapi sekarang, lain betul rasanya.

Hatinya sentiasa dihurung derita. Dadanya terasa sesak kerana menanggung rasa. Sekarang barulah dia faham. Barulah dia tahu bagaimana perasaan Fatimah selama ini. Sakitnya, hanya Allah saja yang tahu. Sekarang apabila Fatimah sudah jauh dari mata, barulah dia tahu betapa berharganya seorang isteri bernama Nur Fatimah Maisarah.

Dia teramat rindukan Fatimah. Sekarang baru dia sedar tentang perasaan sebenarnya terhadap Fatimah. Dia sebenarnya terlalu sayangkan Fatimah. Terlalu cintakan Fatimah. Kerana itulah sampai ke saat dan ketika ini hatinya masih mahukan Fatimah. Dia mahu Fatimah terus menjadi isterinya. Bukan kerana duit. Tetapi kerana cinta. Namun kerana egonya yang begitu tinggi melangit selama ini, dia telah kehilangan sebutir mutiara yang berharga.

Sebulan tanpa Fatimah bagaikan setahun lamanya. Terasa hari harinya begitu suram. Tiada lagi matahari yang muncul yang menggantikan awan yang mendung. Semangatnya bagaikan sudah melayang jauh dibawa pergi bersama Fatimah.

Sejak dia putuskan pertunangannya dengan Nurul Huda, Haykarl langsung tidak berjumpa dengan Nurul Huda lagi. Begitu juga dengan Zeck. Sejak hari itu, Zeck tidak pernah muncul di pejabat lagi. Argh! Biarlah! Haykarl lebih selesa jikalau begitu. Yang penting baginya kini ialah Fatimah.

Daun bunga mawar yang kering itu dipotong cermat menggunakan gunting. Boleh dikatakan setiap petang itu dia akan menghabiskan masanya disitu. Hanya di taman bunga itu sajalah penghubung antara dia dan Fatimah. Berada disitu membuatkan dia tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Rindu! Itulah yang membelit jiwanya sekarang.

Haykarl bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyayang seperti Datin Mahani. Selama dia jatuh ini, Datin Mahani lah yang selalu menjadi tongkat kepadanya. Tanpa jemu meniupkan semangat ke dalam jiwanya. Tanpa jemu memberi nasihat dan harapan untuknya. Kerana Datin Mahani jugalah dia bangkit semula dengan azam yang setinggi langit. Azam untuk mencari dan mendapatkan cinta Fatimah semula.

Tetapi dimana Fatimah ye? Buntu sudah fikirannya. Sudah berpuluh puluh kali dia bertandang ke rumah sewa Fatimah dengan harapan Fatimah ada disitu. Tetapi sampai sekarang Fatimah tidak muncul muncul disitu. Beratus kali dia merayu kepada Nana. Berkali kali air mata lelakinya gugur dihadapan Nana. Tetapi jawapan Nana tetap sama. Dia tidak tahu dimana Fatimah berada. Sudahnya, Haykarl yang kecewa sendiri.

Nafas ditarik dalam dalam. Hatinya tidak pernah berhenti daripada beristighfar. Berharap sangat agar Allah ampunkan segala dosanya dan permudahkanlah segala urusannya.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now