»»-23-««

119 15 35
                                    

Jimin menyisip hot chocolate yang dipesannya sebentar tadi. Anak mata masih setia memandang Taehyung yang juga turut membasahkan tekak dengan strawberry juice. Selesai, mereka berdua berdehem kecil sebelum memulakan perbualan.

"Dua hari lagi." Mula Jimin dengan senada.

Taehyung mengangguk. "Aku tahu." balasnya.

Jimin melepaskan keluhan ringan. Pandangannya dialih tanpa menghadap Taehyung yang sedang tersenyum simpul itu. Dia yakin lelaki di hadapannya ini akan mengecapi kebahagiaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bayangan wajah Aeryl bermain di mindanya. Apa reaksi gadis itu jika dia mengetahui bahawa Kim Taehyung adalah pengantin lelakinya?

Dia tidak sanggup melihat Aeryl menangis disebabkan Taehyung lagi. Cukuplah di pertemuan pertama mereka, Jimin yang menghapus air matanya pada saat itu dan dia tidak mahu menjadi punca air mata gadis itu mengalir di pertemuan akhir mereka nanti.

"Hak milik tuannya, kena pulangkan balik. Kau faham kan maksud aku?" Kata Taehyung dengan ayat mendalam, biar lelaki itu terasa.

"Aeryl bukan barang yang sesuka hati boleh kau ambil. Dia berharga dari permata. Aku harap kau manfaatkan pergorbanan aku ni dengan jaga dia baik-baik." balas Jimin juga turut menyindir.

Hujung bibir Taehyung ternaik sinis. "Apa maksud kau dengan pengorbanan?"

Jimin diam.

"Kau sukakan Aeryl?"

Masih berlagak tenang. Tetapi tidak menjawab pertanyaan Taehyung.

"Kuburkan perasaan kau sebab dalam hati Aeryl masih ada nama aku sebelum kau."

Jimin mengenggam erat tangannya di sisi,menahan pelbagai perasaan yang bergelut di hati. Kata-kata Taehyung itu menyentak kuat dirinya. Ya,dia mengaku Taehyung adalah lelaki yang Aeryl cinta sebelum ini.

Tapi itu sudah tidak bermakna lagi. Jadi Jimin masih berpeluang untuk bertakhta di hati gadis itu.

"Kim Taehyung." Nama sebaris itu disebut. Taehyung mengangkat kening,menunggu Jimin menyambung ayatnya.

"Aku cintakan dia." akhirnya Jimin meluahkan apa yang dipendam sejak tadi.

"Kita dah sepakat, kan? Aeryl milik aku dari dulu sampai sekarang. Jangan main peranan untuk jadi second hero dia. Kau tak layak so back off." Ujar Taehyung dengan nada tertahan.

"Kau yakin dia masih cintakan kau?"

Taehyung merasa tercabar dengan soalan itu.

"Kau dah tinggalkan memori hitam pada Aeryl dan sekarang kau yakin perasaan dia pada kau masih teguh? Taehyung, bangun. Dah berapa ramai kau sakitkan hati perempuan ni?"

Omma, Aeryl dan... Shae In. Ketiga-tiga nama itu cuma terbit di kata hatinya. Terpana. Betul-betul Taehyung rasa tertikam dengan kata Jimin. Pedih.

"Kau main hero dalam cerita ni tapi sikit pun kau tak mainkan peranan dalam pertahankan cinta kau dan Aeryl." Itulah ayat terakhir Jimin sebelum beredar meninggalkan Taehyung yang masih kaku di situ.

Second Hero √Where stories live. Discover now