»»-25- Ending

197 14 0
                                    

Suasana majlis perkahwinan mewah yang berlangsung itu hanya dihadiri oleh rakan terdekat dan keluarga rapat sahaja

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.


Suasana majlis perkahwinan mewah yang berlangsung itu hanya dihadiri oleh rakan terdekat dan keluarga rapat sahaja. Para tetamu seronok menjamu selera sambil berbual kosong menunggu ketibaan pengantin perempuan yang bakal masuk ke dalam dewan tidak lama lagi.

Shae In yang duduk di meja vvip itu mengukir senyum nipis di bibirnya. Cantik... Sempat dia memuji hasil decoration ballroom tersebut. Sebenarnya dia dan Jimin yang bekerjasama mengubah suai majlis ni.

Apabila satu suara mengumumkan ketibaan pengantin yang akan datang sebentar lagi, Shae In langsung berdiri begitu juga dengan tetamu yang lain.

Tiba-tiba muncul satu figura yang berdiri di sebelahnya. Haruman perfume milik seseorang itu menyengat masuk ke hidung. Shae In langsung menoleh ke arahnya dan ternyata ianya Taehyung.

"........." Tidak terkata Shae In tatkala Taehyung betul-betul ada di sisinya ketika ini. Lelaki itu sekadar buat-buat tidak sedar akan kewujudannya. Wajah dingin itu sentiasa terpamer tanpa secalit senyum.

Pintu dewan terbuka luas. Spotlight yang terpancar pada susuk tubuh Aeryl yang memakai dress wedding berwarna putih itu. Tidak dinafikan gadis itu kelihatan seperti puteri diraja cantik yang sedang menunggu puteranya.

Yang pasti bukan Kim Taehyung lah.

Lagu beautiful in white dimainkan ketika Aeryl melangkah masuk menuju ke arah Jimin yang dari jauh setia memandangnya. Jelas senyuman kedua mereka tidak lekang dari bibir. Saat yang dinantikan akhirnya telah tiba!

Shae In tersenyum melihat Aeryl dan Jimin yang sudah berdiri bertentang antara satu sama lain. Pasangan yang bakal disatukan itu mendapat perhatian oleh orang ramai tetapi tidak dengan Taehyung.

Dia sekadar menatap kosong. Hatinya hancur. Sakit yang tidak boleh diungkapkan bila melihat gadis yang dicintainya akan berkahwin dengan lelaki lain.

"I will."

"I will."

Sesudah lafaz itu maka Park Jimin dan Park Aeryl telah menjadi suami isteri.

+++


Malam sebelum hari perkahwinan.

"Jaga Aeryl baik-baik."

Jimin masih diam memandang wajah Taehyung yang langsung tiada perasaan itu. Jelas pandangan mata Taehyung nampak sembab. Mungkin baru habis menangis.

"Taehyung aku tak jahat lagi nak ambil dia dari kau---"

"Aku yang jahat dalam hal ni. Aku selfish. Langsung tak fikir pasal perasaan Aeryl dan kau." Pintas Taehyung.

Second Hero √Onde histórias criam vida. Descubra agora