»»-21-««

298 51 58
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


Lagi tiga hari, aku bakal bergelar isteri kepada Jimin. Nervous jangan katalah, rasa nak tercabut jantung. Haih kalau sekarang pun aku dah rasa macam ni, apatah lagi hari majlis tu yang bakal berlangsung nanti.

Harap aku tak mati kejung kat situ.

Jimin yang berada di sebelah, menoleh ke arahku sekilas. Bibirnya mengukir senyum segaris.

"Lepas kahwin nanti, nak berapa anak?"

Aku palingkan wajah ke sisi. Kedua pipiku naik merona kemerahan.

"B-belum kahwin lagi, awak dah tanya pasal anak." Balasku gagap tanpa masih menoleh.

Jimin tertawa kecil. "Make sure anak awak cantik macam awak dan kacak macam saya, tau?"

Hilang terus perasaan Maluku sebentar tadi. Aku pandang dia dengan pelik. Automatik langkah kami berdua terhenti.

"Apa maksud awak? Jimin kenapa sejak dua menjak ni---"

"Pastikan juga awak nampak cantik bila berada di sisi saya masa majlis nanti." Batang hidungku dicuit sekilas dengan jari gebunya.

Aku tahan senyum. Dengan berani, aku memeluk pinggangnya erat. Kepalaku tersandar di dada bidangnya.

"Nak kahwin dengan awak, mestilah kena cantik-cantik. Jujur saya kata,saya tak sabar nak kahwin dengan awak. Hidup berdua dengan awak,mesti happy kan?"

Mataku terpejam buat seketika,membayangkan kehidupan aku sebagai isteri kepada Jimin. Dengan adanya anak lagi,ya dijamin bahagia.

"Jangan awak lari masa majlis kahwin tu sudahlah."

Aku mendongak memandangnya. Bibirku mengukir senyum manis.

"No and never."

"Good girl." seperti biasa, rambutku dikusutkan dengan mimik mukanya yang geram.

"Dah jom, kita singgah kat office saya kejap. Lepastu, saya hantar awak balik."

Tanpa membantah,aku turutkan sahaja. Kami berdua melangkah masuk ke bangunan sederhana besar di hadapanku.

Aku dan Jimin berdiri di hadapan lif. Saat pintu itu terbuka luas,mataku bertembung dengan seorang gadis yanh cukup aku kenal. Riak wajahku berubah tatkala dia mengukir senyum kepada Jimin.

Tch,ya Jimin sahaja. Mungkin dia tak perasan kehadiran aku yang comel ni.

"Hye Shae In." Sapa Jimin mesra manakala aku hanya diam membisu.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


Aku rasa macam orang ketiga diantara kedua menusia yang sedang rancak berbual di hadapan aku. Kedua tanganku disilang ke dada, pandangan aku alihkan ke sekeliling meninjau bilik kerja kepunyaan Jimin.

Hampir satu jam aku duduk di sini. Bosan. Jimin pula seakan lupa yang aku tengah cemburu bila nampak dia dengan perempuan lain. Entah apa diaorang bualkan, bisness kot.

"19.08? Awak pilih tarikh ni?"

Jimin mengangguk kepada Shae In. Jap, tu kan tarikh perkahwinan kami berdua.

"Kenapa?" soal Shae In sambil membelek sekeping kad yang aku pun tak pasti kad apa.

"Ada masalah ke cik Shae?" Sampuk aku dengan nada tidak puas hati.

"Ah takde heheh. Tahniah Aeryl, awak dah nak kahwin dengan lelaki yang awak cinta. Saya hubungan korang berkekalan." Shae In tersenyum kepadaku.

Aku sekadar senyum nipis. "Terima kasih." Balasku acuh tak acuh.

Jimin mencuit sekilas bahuku. "Kenapa ni?"

"Boleh saya tahu awak berdua berborak pasal apa?" Nadaku berbunyi sedikit tegas.

"Aeryl... Shae In ni rakan bisness saya."

"Kenapa baru sekarang saya tahu? Pasal kerja awak, bussiness partner awak, kenapa? Saya tak penting ke Jimin? Saya rasa macam dipinggirkan, tahu tak?" Emosi aku tak stabil buat masa sekarang.

Entah kenapa aku rasa ada benda yang Jimin sorokkan daripada aku. Tiba-tiba perempuan ni pula ada kena mengena---ah!

"Hey hey Aeryl, apa cakap macam tu? Tak maulah bad mood macam ni, dah nak kahwin kan? Muka tu kenalah berseri-seri." Jimin mengusap kedua bahuku cuba untuk tenangkan aku.

Tapi maaf, aku tak terkesan. Tanpa membalas, aku terus melangkah keluar dari situ. Panggilan daripada Jimin aku abaikan.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Konflik sikit je.

Second Hero √Where stories live. Discover now