»»-13-««

255 54 53
                                    


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Kalau boleh, aku nak belasah Jimin sekarang tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, aku tahan hati.
Kini, aku dan Jimin sedang duduk di meja makan yang panjangnya tidak terkira. Muat lebih 10 orang rasanya.

Tiap kali aku hendak menyuap makanan ke mulut, aku dapat lihat dari ekor mata yang Taehyung sedang perhati gerak-geriku.

Tambah lagi dengan bakal isteri dia yang dari tadi menjeling aku tak tentu pasal, serius aku tak selesa.

"Kamu pekerja kat office anak saya kan?"

Aku mengangkat wajah memandang puan Kim. Bibirku mengukir sengih kecil sebelum menggeleng kecil.

"Ah saya rasa puan dah salah faham. Saya bukan pekerja dia." Balasku sopan.

"Ya? Ni kawan perempuan kamu ke, Taehyung?" Puan Kim mengalih pandang kepada Taehyung.

Aku mengetap bibir. Dalam hati,aku sudah berdoa berharap dia tak cakap benda yang bukan-bukan. Kalau tak,hancur majlis ni nanti.

Taehyung menyepi seketika lalu kepalanya diangguk sekali. "Uhm."

Ffuh! Nasib baik.

"Aeryl ni bekas kekasih Taehyung,eomma."

Aku terus menatap wajah Shae In yang beriak selamba. Taehyung pula nampak terkejut. Puan Kim yang baru sahaja lepas meneguk airnya,tersedak sedikit. Aku mulai panik.

Adakah aku bakal diserang oleh puan Kim? Atau bakal ditendang? Dilempang? Diterajang?

"Eh Kim, kau okey ke?" Soal Puan Park yang risau. Ditepuk-tepuk belakang wanita itu perlahan.

Puan Kim menarik nafas sekejap. Anak matanya beralih pada aku.

"Kenapa saya tak pernah tahu tentang hal ni?"

Aku menelan liur dengan perit.

"Eomma, Taehyung----"

"Diam, eomma tengah bercakap dengan dia." tegas puan Kim memotong ayat Taehyung.

Oh tidak,seseorang bantulah aku---

"Puan jangan risau, Aeryl ni dah jadi girlfriend saya. Hubungan dia dengan anak lelaki puan dah berakhir, apa kata puan fokus kat anak dan menantu puan je,ya?"

Aku dapat rasakan Jimin memeluk bahuku dengan erat. Jelas riak muka Taehyung begitu kecewa. Aku... Rasa bersalah.

"Wah Jimin, kenapa appa tak tahu yang kamu dah berpunya?" Sampuk Tuan Park yang berada di kepala meja makan.

"Dah bagitahu lah ni. Nama dia Aeryl. Cantik kan dia?"

"Cantik sangat, haih kenapalah Taehyung lepaskan perempuan cantik macam kamu ni...." Puan Park memuji tapi dalam masa yang sama dia mengejek Taehyung.

Puan Kim tertawa kekok sambil memukul lembut bahu Puan Park. "Eh kenapa cakap macam tu pula, Park. Anak saya ni baik orangnya, kalau dia cintakan seseorang tu dia takkan berpaling tadah melainkan perempuan tu buat benda tak elok belakang anak saya."

"Eomma... Apa ni?" Bisik Taehyung geram. Namun diendahkan saja oleh Puan Kim. Shae In yang perasan suasana yang sedang hangat itu sekadar memasang telinga. Renungan tajam daripada Taehyung diabaikan.

"Eo? Kenapa Kim cakap macam tu? Saya tengok Aeryl ni baik je."

"Muka baik tak semestinya hati pun baik, Kim. Kita tak tahu niat orang, mungkin anak saya tinggalkan dia sebab dia nak kaut harta keluarga kita haa manalah tahu kan HOHOHO---" Puan Kim ketawa melopong sambil menekup mulutnya dengan tapak tangan.

Aku kaku, diam tak berbunyi. Hati aku sakit. Begini ke perangai Puan Kim yang sebenar? Dasar hantu.

"Sayang.. Dah habis makan ke? Jom  ke taman halaman belakang rumah saya, kita dating kat sana lama-lama."

Tanpa membantah, Jimin terus menarik pergelangan tanganku lalu beredar dari situ. Aku membunti langkah Jimin dengan riak kosong. Bila teringatkan kata-kata Puan Kim tadi, aku rasa macam nak menangis.

Setibanya kami di luar rumah, tanpa sempat aku berkata apa-apa, Jimin terus menarik tubuhku ke dalam dakapan. Wajahku tersembab di dada bidangnya.

"Cry as much as you want, I'm here for you."

Aku pejamkan mata buat seketika. Perlahan-lahan air mataku jatuh ke pipi.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now