»»-14-««

256 57 32
                                    

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐




"Good night eomma, Shae In masuk rumah dulu ya." pipi Puan Kim dicium sekilas sebelum pandangannya beralih pada Taehyung yang diam memokus ke hadapan. Wajahnya tegang, mungkin masih terkesan dengan perkara yang berlaku di rumah keluarga Park tadi.

"Taehyung, terima kasih hantarkan saya balik ke rumah. Hati-hati mamandu,tau." Shae In berpesan. Tanpa segan silu,bibirnya mengucup pipi Taehyung sekilas dan dia terus keluar daripada kereta dengan perasaan malu.

"Eih bab---" Taehyung mengesat kasar pipi berbekas ciuman Shae In tadi. Bibirnya terkumat-kamit ingin menyumpah gadis itu. Kalau boleh mahu sahaja ditampar,tetapi kehadiran puan Kim menghalang niatnya,aih.

Tidak mengapa,ada hari dia akan ajar perempuan tu.

"Annyeong!"

Puan Kim membalas lambaian bakal menantunya sebelum Taehyung memandu meninggalkan kawasan rumah Shae In. Puan Kim yang tadinya tersenyum terus berubah serius,memandang ke arah Taehyung.

"Kamu jangan buat hal dengan eomma,Taehyung. Majlis kahwin kamu tak lama lagi,siap sedia." Kata Puan Kim mengingatinya dengan tegas.

"Hal apa eomma cakap ni?"

"Jangan ingat eomma tak tahu. Cara kamu pandang bekas kekasih kamu tadi tu,nampak sangat kamu masih cintakan dia." Bidas puan Kim.

Taehyung sedikit tersentak tapi masih pandai mengawal reaksi. Dia berdehem kecil.

"Dia dah ada teman lelaki pun eomma." Balas Taehyung selamba namun jauh di sudut hati, dia berasa sedih apabila mendapat tahu Aeryl sudah ada pengganti.

Sejak dia bertembung dengan Aeryl di jalanan tempoh hari, hatinya gelisah berteka-teki bila melihat kehadiran lelaki di sisi Aeryl.

Tidak sangka,  Jimin; anak lelaki kepada puan Park sudah menggantikan tempatnya untuk berada di sisi Aeryl selama ini.

Pada mulanya, Taehyung beranggapan mereka cuma berkawan, tidak ada hubungan istimewa pun.

Tapi teringatkan insiden Aeryl mencium bibir Jimin itu, terbuktilah segalanya. Kecewa? Ya,  Taehyung memang kecewa.

"Eomma tak bodoh lagi, Taehyung. Jangan cuba sembunyikan perasaan tu dari eomma."

Taehyung menghela nafas berat. Bibirnya mendengus kasar.

"Eomma please? Taehyung taknak gaduh dengan eomma pasal benda ni. Eomma sendiri cakap benda dah lepas, so forget about it. Lagipun Taehyung dah tak cintakan dia,cukup ada Shae In dahlah. Taehyung taknak orang lain lagi." Naik jijik Taehyung mengutarakan kata-kata yang sememangnya tidaklah benar.

Balik rumah kena sental mulut lah camni.

Puan Kim tersenyum sinis. Tangannya memeluk silang ke dada. Pandangan dibuang ke tepi cermin kereta.

"Hati kata lain mulut kata lain, Taehyung. Ke kamu nak ikut jejak appa kamu yang kaki curang tu? Kata sayang kat eomma alih-alih ada betina lain. Kalau kamu buat macam tu dengan Shae In, baik kamu mati je lah." Disebabkan emosi yang tidak stabil, puan Kim terlepas kata tanpa sedar.

"Taehyung boleh je direct kereta ni masuk gaung terus. Biar kita mati sama-sama, eomma nak?" Selamba Taehyung menyoal dengan riak wajah yang kosong.

Puan Kim mendengus. Malas hendak berlawan kata, akhirnya wanita itu mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba di rumah kediaman keluarga Kim.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin