»»-16-««

261 46 75
                                    

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


"Mama, Shae In keluar dulu ya! Taehyung ajak date hari ni heheh." Gadis itu terus menyarung kasut tumit tinggi di muka pintu. Kelibat Puan Lee muncul dari arah dapur.

"Yelah, hati-hati keluar tu. Jangan balik lambat." Pesannya.

Selesai berlaga pipi,Shae In terus berjalan keluar. Kereta Taehyung yang terparkir elok di hadapan pagar rumahnya itu,membuatkan bibirnya terukir senyum teruja.

Shae In masuk ke dalam kereta setelah Taehyung perasan akan kehadirannya.

"Terima kasih sebab ajak saya----"

"Eomma aku yang paksa untuk ajak kau keluar hari ni. Jangan nak excited sangat." Potong Taehyung laju tanpa memandang wajahnya.

Shae In tergamam. Matanya terkebil-kebil sebelum senyumannya bertukar sinis.

"Kalau awak tak ikhlas,baik saya tak payah ikut awak! Tidur kat rumah lagi bagus." Belum sempat Shae In keluar kembali,Taehyung terlebih dahulu menekan butang kunci.

"Aku malas nak bertekak dengan eomma pasal kau. Aku tahu kau nak report kat eomma nanti. Mulut kau ni boleh tahan bocor juga huh!" Cemuh Taehyung dengan memutarkan bebola matanya ke atas menyampah.

"Boleh tak sekali je awak layan saya dengan baik, Taehyung? Apa salah saya kat awak? Cuba bagitahu, saya akan perbaikinya." Bergetar nada Shae In menutur kata tersebut.

Taehyung diam tidak membalas. Stereng kereta dipusing bentuk 'U' untuk keluar daripada perkarangan rumah. Shae In berdecit kecil.

"Tch,bisu ke apa dia ni." Kutuknya perlahan.

"Jangan ingat aku lupa tentang kelakuan bodoh kau masa dinner kat family Park hari tu. Ikutkan hati,aku nak lempang kau tahu?" Taehyung mendengus kecil. Peristiwa itu masih terngiang-ngiang di benak mindanya.

Kalau gadis ini tidak membuka mulut tentang hubungan lepasnya bersama Aeryl dulu,pasti Puan Kim tidak melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Aeryl dan pasti Taehyung mempunyai peluang untuk mendapatkan cinta hatinya kembali.

Shae In sekadar diam tidak membalas. Agak tersentap dia mendengar percakapan pedas Taehyung itu. Seperti biasa, dia membuang pandang ke tepi cermin. Sepanjang perjalanan, mereka senyap tidak berbunyi. Masing-masing membuat kerja sendiri. Egh, date yang membosankan!

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Hari ni hari ketiga, demam aku dah kebah sedikit. Terima kasih pada Jimin sebab dia yang jaga aku sepanjang aku terlantar atas katil.

Aku menapak keluar dari bilik, ingin menuju ke ruang tamu. Baru beberapa langkah,suara cemas Jimin kedengaran.

"Opp opp slow down, Aeryl..." Bahuku dipegang erat oleh Jimin. "Nak pergi mana ni? Tandas? Jom saya bawakkan."

"Eish, bukanlah! Saya nak duduk kat luar, bosan kat bilik ni." Balasku.

"Dan lepaskan saya, Jimin. Saya masih boleh jalan." Sambungku dengan nada sedikit tegas. perlahan-lahan Jimin melepaskannya.

"Uhm, eomma awak tak cari awak ke? Asyik datang nak jaga saya je,baliklah. Saya taknak eomma awak risau." Arahku dengan lembut.

Jimin menggeleng kepalanya. "Eomma okey je. Dia risaukan bakal menantu dia ni lah tu sebab eomma saya tak kisah." Jawabnya dengan sengihan kecil.

Aku mengecilkan pandangan. "Bakal menantu? Siapa? Saya ke?"

"Dah-dah,jangan banyak bunyi. Awak nak duduk mana ni? Meh saya dukung."

"Cara awak layan saya,tak ubah macam saya ni dah cacat kan?"

"Awak cukup sempurna di mata saya,Aeryl. Takde cacat-celanya." Jimin mengukir senyum manis sambil mengenyit mata ke arahku.

Manis kata-kata dia tapi maaflah, aku takde mood nak cair bagai ni.

"Aeryl."

"Ya?"

"Demam dah okey kan? Jom kita buat satu aktiviti yang boleh memanaskan badan kita, sambil tu boleh keluar peluh. Kekal sihat dan cergas, nak?"

Sel-sel otak aku mula berhubung. Apa yang dia maksudkan tu?

"Buka baju awak, Aeryl."

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

(๑ ิټ ิ) (๑ ิټ ิ) (๑ ิټ ิ)

Second Hero √Where stories live. Discover now