»»-20-««

269 50 72
                                    

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐


Minggu hadapan, 19.08 tarikh di mana aku dan Jimin bakal disatukan. Ya, kitaorang akan berkahwin dan aku langsung tak sangka hubungan kami secepat ini.

Aku baru kenal Jimin sebulan lebih, tup tup kami dah nak kahwin. Mungkin ini sudah menjadi takdir dan jodoh aku yang telah ditentukan.

Aku yakin Jimin dapat membahagiakan aku. Ya, hati aku mengatakan begitu.

Gambar Jimin yang menjadi wallpaper phone, aku tatap lama.

"Saya harap pilihan saya tepat memilih awak, Jimin-ah

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.


"Saya harap pilihan saya tepat memilih awak, Jimin-ah." Ucapku perlahan. Tanpa sedar, aku terlelap dengan mimpi indah.



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐






Esok paginya,

"Kamu nak pergi mana, Taehyung?" Soal puan Kim yang baru muncul dari ruang tamu.

Taehyung duduk di muka pintu. Kasut kerja berjenama gucci hasil rekaannya, dicapai lalu dia pakai cermat. Siap, Taehyung berdiri sambil memegang briefcase miliknya.

"Nak berperang, eomma nak ikut?" jawapan selamba dibagi sebelum pipi puan Kim dicium sekilas.

Lantas neck tie kepunyaan Taehyung ditarik kuat ke bawah. Hampir tertunduk kepala lelaki itu dibuatnya.

"Eish, orang gurau jelah. Tae nak pergi kerja, banyak hal nak kena urus.  Company Mr. jung adakan meeting hari ni. Mungkin malam ni Tae lambat balik." Terangnya lanjut sambil membetulkan tali lehernya yang sudah terlepas.

Puan Kim mengumam sahaja. "Hmm."

"Wae? Lepas Shae In takde, eomma nak carikan lagi jodoh baru untuk Tae ke? Tak payahlah eomma, Tae rela membujang sampai tua." 

"Kamu masih marah kat eomma?" nada puan Kim mengendur. Taehyung menggeleng kecil.

"Tak marahlah, sayang je." Taehyung ukirkan senyuman 0.1 saat sebelum wajahnya kembali biasa.

"Eomma minta maaf kalau selama ni eomma control perasaan kamu. Buat keputusan sendiri tanpa eomma sedar yang eomma hampir rosakkan kebahagian kamu." Puan Kim berkata dengan lirih.

Taehyung tersengih kecil. Kedua pipi puan Kim dipegang ditekup dengan telapak tangannya. "Eomma masih terkesan dengan perangai appa dulu, kan? Takpe, Tae faham. As a mother, they want the best for their son. I love you, eomma tapi cara eomma ni salah." Tenang Taehyung berkata-kata.

Puan Kim mengusap kepala Taehyung dengan senyuman di bibir. "Maafkan eomma, sayang." Pandangan wanita itu berkaca-kaca.

"Aww you look ugly when you cry, my queen.... Uljima~" Lantas tubuh puan Kim ditarik masuk ke dalam pelukkan. Beberapa saat, barulah ia terungkai.

"Dah-dah,pergilah. Nanti lewat pula kamu sampai ke mesyuarat tu."

"Eomma..."

"Ya?"

Tali leher yang masih terlepas ikatannya itu,dihulur pada puan Kim. Bibir Taehyung mencebik ke depan.

"Ikatkan,boleh?"

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

"Banyak-banyak tempat, kat sini juga awak ajak saya kan?" Aku melabuhkan punggung dengan wajah sedikit mencuka.

Jimin mengambil tempat di hadapanku. Senyumannya terhias di bibir, langsung tidak pudar. "Tak ingat ke? Kafe ni lah saya ajak awak berteduh dulu, minum mushroom soup, legakan hati awak yang terluka akibat perbuatan Taehyung----"

"Jangan nak throwback, saya malas nak ingat."

"Okey okey sorry. Aeryl, saya ajak jumpa kat sini sebab dekat dengan tempat kerja saya. Awak––"

"Tempat kerja... Awak? Saya tak tahu pun awak ada kerja." Sekali lagi aku memotong percakapannya.

"Ingat saya ni goyang kaki kat rumah? Taklah,saya kerja kat area sini. Ada company sendiri tapi tak maju mana,kecil-kecil je." balasnya.

Aku terdiam sekejap. Kenapa baru sekarang dia nak bagitahu?

"Company... Kerja apa?" Soal aku ingin tahu.

"Assistant fashion designer."

Mataku membulat besar. Pekerjaan dia hampir sama dengan Taehyung. Kebetulan apa ni?

"Park Jimin! Kenapa saya tak tahu langsung pasal benda ni?" Bahunya aku tepuk sekilas.

Keningnya terjungkit ke atas. "Tak penting pun lah, Aeryl." ujar Jimin dengan memandang skrin telefonnya tanpa melihat aku.

Mataku sedikit mengecil. Beberapa saat kemudian, Jimin menghalakan skrin telefonnya ke arahku. Pandanganku bersinar-sinar.

"Wah! Cantiklah dress wedding ni..."

"Kan? Tahu tak siapa yang buat design tu?" soalnya dan aku tersengih kecil.

"Mestilah awak, kan?"

Jimin sekadar tersenyum lalu kembali menatap phone nya.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━ ◐

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━ ◐


Kata nak habiskan smpai ending terus tapi jgn percayalah sbb penulis buku ni suka bgi fakehope,sekian.

Second Hero √Kde žijí příběhy. Začni objevovat