»»-06-««

253 48 26
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐




Taehyung merenung lama gambar Aeryl yang dijadikan sebagai wallpaper phone nya. Bibirnya mengeluh kecil. Perlahan rambutnya diraup ke belakang sambil memejamkan mata buat seketika.

"Taehyung? Boleh saya tengok dress yang awak reka untuk saya tu?" Soal Shae In yang baru sahaja menapak ke arahnya dengan secawan kopi di tangan, lalu diletakkan ke atas meja kerja Taehyung.

Taehyung membuka mata, melihat Shae In atau lebih tepat bakal isteri pilihan Puan Kim di hadapannya ini. Cantik memang cantik tapi hatinya tetap memilih Aeryl.

"Mhm, buku lukisan kat atas rak sana tu." jawabnya acuh tak acuh. Taehyung kembali fokus dengan beberapa dokumen penting di atas meja kerjanya. Sambil itu, matanya turut membaca e-mail yang dikirim oleh syarikat lain melalui laptop miliknya.

"Wah! Cantiknya dress saya ni Taehyung!" Shae In melangkah ke tempat Taehyung dengan membawa buku lukisan tadi dengan riak wajah teruja. Taehyung sekadar mengumam malas, langsung tidak memandang Shae In.

"Awak cuba tengok ni, saya rasa ada yang perlu diubah sikit lah. Kenapa zip dia belah sini? Susahlah saya nak berjalan di sisi awak nanti---"

"Kalau tak suka, tak payah nak complain. Lagipun dress tu aku reka khas untuk Aeryl, bukan kau." Balas Taehyung sakarstik.

"Siapa Aeryl?" Soal gadis itu dengan nada menahan geram.

Taehyung mengangkat bahu. "Seseorang yang bermakna dalam hidup aku." ujar Taehyung tenang.

Shae In melempar buku lukisan Taehyung tadi di hadapan lelaki itu. Dan tanpa sengaja, secawan kopi yang berhampiran dengan Shae In tertumpah akibat lemparan maut tadi.

Kertas-kertas serta dokumen penting Taehyung, habis basah dengan air yang pekat berwarna kehitaman itu. Nafas Taehyung turun naik menahan marah.

Dia bangkit dari tempat duduk lalu mencengkam kuat lengan Shae In membuatkan gadis itu mengadu kecil.

"Apa yang kau buat ni hah?! Kau tahu tak kertas dokumen tu penting?!" Jerkah Taehyung lantang.

Kepala Shae In tertunduk sedikit dek jerkahan lelaki itu. "Ouh dokumen tu penting? Habis majlis perkahwinan kita tu tak pentinglah? Ingatlah sikit, beberapa bulan lagi kita dah nak jadi suami isteri!" Balasnya tidak mahu mengalah.

Taehyung melepaskan lengan Shae In dengan kasar. "Siapa yang setuju nak berkahwin dengan kau? Aku tak kenal kau siapa dan kau bukan siapa-siapa bagi aku." Ujar Taehyung dengan nada tertahan.

Shae In tersenyum sinis. "Saya layan awak baik, ini yang awak balas?"

Taehyung mengangguk mengiyakan. Shae In terasa dengan perangainya. Tanpa ucap apa-apa, Shae In terus beredar keluar dari bilik kerja Taehyung dengan perasaan sakit hati.

Taehyung duduk di atas kerusi dengan dengusan kecil yang terlepas. Wajahnya diraup berkali-kali. Stres, geram, kusut, pening kepala dan macam-macam lagi yang dia hadapi sekarang. Ubatnya hanya satu iaitu Aeryl Park.

"Tae rindu Aeryl...."

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now