»»-17-««

280 50 84
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐




"Come on Aeryl! Lima round lagi cepatlah!"

"Huh huh huh—berhenti Jimin-ah! Saya dah tak larat!" Nafasku tidak stabil. Dapat aku rasakan degupan jantung aku degup-degap dengan laju. Kedua lutut aku pegang dalam posisi membongkok.

Jimin yang sudah berlari maju ke hadapan itu, kembali pusing ke arahku. Rambutnya yang basah akibat peluh itu diraup sekali ke kebelakang.

Dia merendahkan sedikit badannya sambil memeriksa keadaan aku yang hampir putus nyawa rasanya.

"----saya----tak---larat!" Tidak sempat mengawal reaksi, aku terus terduduk di bawah. Kedua mataku dipejam rapat. Tidak lama selepas itu, Jimin mengangkat bahuku agar aku kembali berdiri.

Dengan tidak bermaya, aku memandang wajahnya.

"Baru jogging sikit dah penat, patutlah perut tu bunci ke depan."

Pap! Aku menampar lengannya yang terdedah. Fuh, nasib muscle dia tak kecut.

"Saya tak buncit okey!" Balasku dengan geram.

"Boroi."

"Tak!"

"Gemuk."

Aku nak nangis. Hiks, kenapa Jimin kaitkan fizikal kegemukkan tu kat aku? Dia tak tahu ke perempuan akan cepat sensitif bila lelaki tegur pasal berat badan dia.

"I hate you." Aku terus mengambil langkah ke bangku yang kosong lalu duduk di situ dengan muka cemberut.

Jimin turut labuhkan punggungnya disebelahku. Dia tergelak kecil sebelum tangannya naik menyerabutkan rambutku.

"Ish, rosaklah rambut!" Aku menepisnya.

Sekali lagi dia mengusik aku dengan mencuit-cuit pipiku dengan jari telunjuknya.

"Park Jimin!"

"Yes, girlfriend?"

Aku memalingkan wajah ke sisi. Entah kenapa aku rasa malu bila dia menggelarkan aku seperti itu.

"Yelah-yelah, body awak cantik tak gemuk pun. Slim je saya tengok."

Automatik bibirku terus mengukir senyum lebar. Hilang semua rasa geramku sebentar tadi.

"Kita baliklah jom, saya penatlah. Awak ajak saya jogging ni lagi menambahkan sakit saya tahu tak?"  Aku memeluk tubuh dengan cebikkan kecil di bibir.

"Berjogging ni banyak faedahnya, boleh gantikan sel-sel dalam awak yang lemah tu kepada yang baru. Barulah lebih bertenaga. Kalau awak terus terbaring kat katil tu, silap-silap esoknya awak boleh mati tau, Aeryl." Jimin membuat ekperasi wajah terkejut sambil menekup mulutnya dengan mata yang membulat.

Aku menjelingnya sekilas. Ye ye je dia ni.

"Jimin..." aku mengemam bibir. Jimin menjungkit keningnya sekilas.

"Terima kasih sebab jaga saya selama saya sakit, terima kasih sebab selalu ada di sisi saya, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya dan terima kasih sebab awak sudi berkawan dengan saya. Awak memang lelaki yang baik." Aku mengukir senyum ikhlas kepadanya.

Jimin turut membalas senyumanku dengan manis sekali. "Sama-sama, Aeryl." Balasnya ringkas.

"Saya ada benda nak tanya ni." Aku menundukkan wajah ke bawah sedikit. Terkenangkan perbuatan Jimin kepada aku selama ni, telah mewujudkan satu persoalan di fikiranku.

Layanan manis dia,

Usikkan nakal dia,

Gurauan manja dia,

Tutur kata romantik dia,

Cukup membuatkan aku tertanya-tanya.

"Awak... Suka saya ke?" Soalku tanpa sedikit pun tidak memandang wajahnya dan baru aku sedar akan keterlanjuran mulut aku bercakap.

Tiba-tiba daguku diangkat dengan hujung jari halus Jimin. Mata kami bertaut lama.

"Ya, saya suka awak."

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐






Cliche weh adududu! 〒▽〒

Second Hero √Onde histórias criam vida. Descubra agora