»»- 03 -««

306 56 45
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐



Lemah longlai aku berjalan tanpa hala tuju. Kedua belah tanganku memeluk tubuh sambil bibirku bergetar kecil. Mataku sembab, hidungku kemerahan.

Ditambah lagi hujan rintik-rintik yang turun, tidak henti aku menggosok tapak tangan untuk menghasilkan haba yang hangat.

Bbuk!

Tubuhku terlanggar seseorang. Namun aku hanya abaikan tanpa mengucap kata maaf. Ada yang merengus kasar dan memarahi tetapi aku hanya pekakkan telinga.

Bbuk!

Bbuk!

Bbuk!

"Miss? Are you okay?"

Aku mendongak melihat gerangan suara tersebut. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapanku dengan memegang sebuah payung yang memuatkan kami berdua untuk berteduh.

Aku menggeleng kecil lalu mengabaikannya. Tetapi lenganku ditarik olehnya menyebabkan wajahku tersembab ke dada bidangnya.

"Opps--- maaf. Saya tak sengaja." Ucapnya kesal. Aku menolak tubuhnya jauh. Riak mukaku berubah geram.

"Saya okey." Balasku mendatar. Namun lelaki itu masih tetap menghalang laluanku.

"No, you're not. Mata sembab tu kenapa?" Soalnya dengan nada lembut. Wajahnya ditunduk sedikit, menyamai paras wajahku.

Aku undur beberapa tapak kebelakang. "Apa ni? Tolong jangan tanya soalan yang bukan-bukan! Saya tak kenal awak pun!" Kataku sedikit tinggi.

Dalam masa yang sama,  mataku kembali berkaca. Teringatkan wajah Taehyung, itu membuatkan hatiku kembali sakit.

Tanpa aku duga, lelaki tadi terus menarikku ke dalam pelukkan hangatnya. Aku tersentak.

"Let me warm your body for a moment. Awak nampak kesejukkan, nanti demam, susah."

Aku tidak mampu menolak dan hanya membiarkan sahaja. Tangisanku bergema kecil di dalam pelukkan seorang lelaki yang aku tidak kenali. Tapi aku memang perlukan seseorang pada waktu begini.

Mungkin dia bakal menjadi peneman duka dan lara aku buat seketika?

~•~

"Saya Jimin. Awak?"

"Aeryl." Balasku ringkas. Sup cendawan yang dipesan oleh Jimin tadi, aku hirup perlahan. Lega, rasa suhu dalam tubuhku berasa hangat.

Sekarang aku dan Jimin berada di winter cafe. Dia yang mengajakku datang ke sini untuk menikmati hidangan panas masa-masa cuaca sejuk macam ni. Sementara menunggu hujan berhenti, aku bersetuju mengikutinya.

Jimin menghulurkan sehelai tisu kepadaku. "Bibir awak comot, lap." arahnya. Aku selamba menyambut hulurannya dan mengelap sekilas permukaan bibirku.

"So, boleh saya tahu masalah awak? Kenapa menangis tadi?" Soalnya dan nadanya sama seperti tadi, lembut sahaja.

"Awak siapa nak ambil kisah tentang saya?" soalku dengan kerutan di dahi.

"Saya Jimin. Okey biar saya teka, baru break dengan boyfriend ke?" tebaknya.

Break? Tak, aku belum break dengan Taehyung lagi tapi mungkin sekarang ya. Aku hanya diam tanpa membalas.

Jimin memetik sekali jarinya. "Dah agak, apa punca korang putus?" Soalnya lagi.

Jap, dia ni wartawan ke apa?

"Saya rasa tak perlu untuk awak tahu sebab tu masalah peribadi saya." Sekali lagi aku menyuap sesudu sup ke dalam mulut.

Jimin senyap seketika. Aku kembali mengangkat muka memandangnya. Dia sedang merenungku lama dan itu buatkan aku tidak selesa.

"Aeryl." Panggilnya.

Aku menjungkit kening.

"Tepi bibir awak---"

Aku mendengus kecil. Asal aku makan, comot. Asal comot makan ke aku----

Aku kaku tatkala ibu jari kecil milik Jimin menyapu lembut di tepi bibirku.

"Okey. Tak comot dah eheee~" Dia mengukir senyuman manis kepadaku. Cepat-cepat aku mengalih pandang ke arah lain. Pipiku membahang malu.

Selepas itu suasana sepi. Aku melihat keadaan cuaca di luar, hujan sudah berhenti. Jadi aku buat keputusan untuk beredar setelah mengucapkan terima kasih kepada Jimin.

"Aeryl!"

Langkahku terhenti. Aku toleh kepadanya.

"Semoga kita jumpa lagi."

Aku sekadar mengukir senyum pendek sebagai balasan. Mana mungkin kami berdua bertemu sekali lagi. Cukuplah setakat ini.



◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Second Hero √Where stories live. Discover now