»»-11-««

277 50 37
                                    

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐




"Aeryl, tunggulah! Nak jalan laju-laju ni kenapa?"

Aku berjalan sepantas yang boleh ke hadapan tanpa menghiraukan Jimin yang masih berlari anak mengikut rentakku. Pipiku masih merona malu akibat usikkan Jimin tadi.

Cis! Aku tertipu. Ingatkan gambar girlfriend dia.

Sekarang aku dah tahu, Jimin ni memang suka bergurau. Jadi aku perlu berhati-hati dan takkan terkena lagi dengan gurauan bodoh dia tu. Maaf kalau aku kata tapi tu dah melampau.

Nak buat aku jatuh cinta kat dia ke apa?

Lelaki semua sama. Bagi harapan! Eii pergi matilah.

"Aeryl!" Suara Jimin semakin mendekat dan langkahku terhenti bila terasa hujung rambutku ditarik dari belakang.

"Arhh sakitlah, Jimin!" Aku merentap kasar tangannya.

"Sorry-sorry, aih awaklah. Kenapa cepat sangat berjalan? Semput saya nak kejar tahu tak?" Jimin memegang dadanya sambil bernafas tidak stabil.

Aku tergamam. "A-awak okey ke?"

"Okey je cuma nafas ni sesak sikit---" Dahi Jimin berpeluh. Wajahnya berubah sedikit kemerahan.

Aku mengecilkan mata memandangnya. Heh, ni mesti lakonan semata-mata.

"Jangan nak bergurau, saya takde mood nak layan awak."

Jimin menggeleng kecil. "T-tak--- huuh!" Tubuh Jimin membungkuk sedikit seperti menahan kesakitan.

Aku mula gelabah. Bahunya aku pegang erat agar tubuhnya kembali berdiri dengan seimbang.

"Awak kenapa ni? Jangan nak main-main Jimin! Saya tinggalkan awak kat sini nanti." Ugutku lagi.

"U-ubat saya."

"Ubat apa? Kat mana?!" Tanpa keizinan dan dalam keadaan panik, aku terus meraba seluruh badannya.

"Mana awak letak Jimin? Saya tak jumpa pun---"

Cup~

"Okey, sistem pernafasan saya dah kembali normal. Terima kasih."

~•~

"Tchh ahh---sakit..."

Aku menekan kuat lagi tuala kecil yang lembab itu di tepi bibir Jimin. Semakin mengadu sakit dibuatnya.

"Lain kali buatlah macam tu lagi. Bukan setakat tumbuk, saya akan kerat mulut awak terus!" Aku letak kain lembab tadi di dalam besen kecil.

"Gurau pun tak boleh. Dahlah, pergi sana." Halaunya dengan mimik muka merajuk.

Aku bangun dari tempat duduk dan bercekak pinggang di hadapannya. "Saya rasa awak yang patut pergi sebab ni rumah saya." balasku sekaligus memberi peringatan kepadanya.

Tanpa membalas, Jimin terus berdiri dan berjalan melimpasiku.

"Jimin, awak nak pergi mana?"

"Dah kena halau, orang balik lah."

"Tapi----"

Bam! Kedengaran pintu rumah tertutup kuat. Aku sedikit tersentak dengan kelakuannya. Bawah bibir, aku gigit sedikit.

"Dia betul-betul merajuk dengan aku?"

~•~

Pagi, aku terbangun apabila bunyi bising menyinggah ke telinga.

Ktang kting ktung!

Aku mula rasa tidak sedap hati. Di rumah ni, cuma aku sahaja yang duduk. Eish, pagi-pagi macam ni lah dah buatkan aku rasa seram! 

Belum sempat aku turun dari katil, wajah seseorang muncul di sebalik pintu bilikku.

"Morning girlfriend saya!"

Jimin? Bukan ke semalam----

"Jom breakfast! Saya ada sediakan salad yang kita beli semalam. Resepi baru, saya tambahkan segenggam kasih sayang dan beberapa bubuh ciuman ke dalamnya. Come Aeryl, kita makan sama-sama."

Jimin mengukir senyuman manis. Dia ni sihat ke tidak? Perangai pelik semacam. Jangan kata yang aku tersilap pilih kawan. Memang cari nahas.

"Aeryl~~~" Panggilnya dengan nada meleret manja.

Oh shiet, aku tergoda.

~•~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~•~

Second Hero √Where stories live. Discover now