»»-18-««

224 40 59
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐






"Minggu depan anak mama ni dah nak kahwin. Jaga suami tu elok-elok, mama nak hubungan kamu dengan Taehyung berkekalan sampai akhir hayat."

Kata-kata puan Lee bagaikan angin yang lalu. Shae In duduk termenung di bangku luar ruang balkoni biliknya. Wajahnya tiada riak, hanya tatapan kosong yang dipamerkan.

"Shae In, mama tengah bercakap dengan kamu." Sedikit tegas puan Lee menegurnya. Shae In tersentak. Wajahnya diangkat melihat wanita itu dengan sengihan kecil di bibir.

"Ya, dengar." Balasnya ringkas.

Sejujurnya dia tidak rasa teruja pun bila mendengar perkahwinan akan berlangsung tidak lama lagi. Buat apa terkinja-kinja sedangkan bakal suami pun buat relax je. Kadang dia terfikir, Taehyung tu manusia ke patung? Hati batu, langsung tidak ada perasaan.

"Ma..."

"Ya sayang?"

"Mama yakin ke keputusan mama dan puan Kim untuk satukan kami berdua ni, betul?" soal Shae In tiba-tiba. Nadanya kedengaran agar bergetar.

Puan Lee mengerut dahi. "Betul lah, apa yang salahnya? Mama yakin kamu akan happy dengan Taehyung." balasnya selamba.

"If not, how?"

Puan Lee mendengus kecil. "Kenapa kamu tanya?"

"He doesn't love me, ma." Tanpa dipinta, air matanya jatuh ke pipi.

"Heyy, what happen to you? Taehyung sakitkan hati anak mama ni ke? Bagitahu mama, biar mama ajar dia cukup-cukup!" Lantas kepala anak gadisnya ditarik masuk ke dalam pelukkan.

Shae In tidak menjawab malah dia terus menghamburkan rasa sedihnya yang lama bertanggung di hati. Bayangan wajah Taehyung bermain-main di fikiran.

Lelaki itu, tidak akan pernah cintakan dia seperti mana cintanya pada bekas kekasihnya iaitu Aeryl.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

"Ya, saya suka awak."

Suara Jimin masih terngiang-ngiang di corong pendengaranku. Aku tersenyum sendiri. Kedua belah pipiku berubah kemerahan.

"Kyaaaa!!!!" Aku berguling-guling di atas katil. Setelah puas, aku terus duduk dalam posisi bersila. Bibirku tidak lari dari senyuman.

Second Hero √Where stories live. Discover now