Bab 2 : Hero

1K 81 22
                                    

Kek chocolate aku dah pun habis. Tapi, aku masih malas nak berganjak. Suasana di Cafe ini boleh dikatakan agak riuh kerana ramai orang yang mengunjungi tempat ini.

Mana tidaknya? Barangan disini kebanyakkannya berwarna Hitam dan juga kuning keemasan. Sekali pandang, dah macam cafe mewah.

Cafe ini menyediakan pelbagai jenis manisan, minum, makanan western. Amat sesuai untuk pasangan bercinta mahu date bersama sama.

Cakap pasal pasangan bercinta. Haish, kiri kanan aku semuanya couple yang sedang meluangkan masa mereka bersama sama. Aku je tercongok kat sini sorang sorang.

"Hi~ boleh saya duduk sini?"

Aku memandang ke tempat duduk hadapan ku.

Yana rupanya. Aku senyum dan memberikan isyarat untuknya duduk.

Aku tak lah jahat sangat sampai tak bagi orang share meja, lagi pun dia perempuan. So, why not?

Aku tengok ke sekeliling. Patutlah, meja semua penuh.

Mataku kembali tertumpu ke arah Bella. Dia sedang menjamu selera chicken chop. Waktu rehat kut.

"What's your name?" Yana tersenyum memandang aku.

Alamak, aku kena speaking jugak ke? Ya Allah, aku tak reti speaking.

Sepaking aku retilah.

"Anayra Zaara" balasku dengan senyuman. Dan suasana antara kami kembali sunyi. Yana menyambung suapannya. Lentik betul tangan dia saat memotong ayam tu. Senang je dia potong.

Sampai ke aku? Patah pisau tu. I swear that was the last time I ate that.

"you?"

"Dayana. But just call me Yana" balasnya.

Aku angguk-anggukkan kepala. Aku hanya melihatnya makan. Terliur pulak aku nak makan chicken chop. Tapi macam aku cakap tadi, aku dengan chicken chop tak ngam.

"Yana!"

Macam aku kenal je suara yang sayup sayup tu.

"Najla ! Duduk duduk" pelawa Yana. Aku hanya sekadar memerhati.

"Lah Nayra! Kenapa muka macam beruk beranak ni?"

Jelingan maut dihadiahkan kepada Najla. Mana tidaknya? Tak sangka dorang dua ni kenal antara satu sama lain.

Beruk nak beranak kau cakap?! Muka bidadari macam ni kau kata macam beruk beranak? Eee

"Korang kenal?" Soal ku kehairanan. Kepala aku sedikit disengetkan sambil mengaru kening. Mata aku memandang mereka bersilih ganti.

"Haah kenal!" Ujar Yana. Nadanya kedengaran sedikit teruja.

"Dah lama dah kenal" sambung Najla.

Malas nak panjangkan cerita. Aku anggukkan kepala saja dan sambung menyedut straw minuman aku. Mereka berdua rancak berbual. Aku pula dengan dunia sendiri.

×××××

Dipagi yang indah ini seperti biasalah, kena pergi kerja. UWAA! malasnya Ya Allah. Aku nak rehat je kat rumah. Malas betul nak kerja kerja ni.

Aku melangkah masuk ke dalam kedai tapi tak ada orang. Sunyi sepi. Aku awal sangat ke? Encik Minghao dengan Najla takde pun lagi.

Kring~!

Aku melangkah laju ke arah telefon pejabat. Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Kedai Bunga HaoHao bercakap! Ye ada apa apa yang boleh saya bantu?"

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now