Bab 52 : PSEE 611

466 35 20
                                    

Jam menunjukkan pukul 4:30 petang. Anayra masih tak dapat apa-apa mesej dari abangnya. Lelaki tu janji sebaik sahaja dia sampai ke Malaysia, dia akan terus hantar pesanan kepada gadis itu.

Tapi tiada. Ikutkan, dah sejam abang dia sampai ke Malaysia. Apa yang membuatkan Anayra tak boleh duduk diam ialah abang dia tak pernah mungkir janji padanya.

Apa pun janji tu. Mesti lelaki itu akan tunaikan juga. Abang dia memang jenis pelupa. Yelah, nama orang pun bukan main susah dia nak ingat. Tapi kalau bab janji, dia pegang sampai mati.

Nak pergi KLIA, jauh sangat pula. Otak Anayra dah mula overthinking. Dia tak sedap hati. Macam mana kalau kapal terbang tu ada masalah teknikal?

"Woi Anayra. Kau dah kenapa duduk sini? Kau ponteng kelas mengaji eh?"

Anayra hanya membiarkan teguran dari lelaki yang amat dia kenal tu, Aydin Zayaan. Jarinya digigit-gigit dari tadi dah macam tak ada rupa. Habis penuh kesan gigi.

"Ya Allah kau buat apa ni? Kau nak jari kau putus ke apa?" soal Aydin. Berkerut wajah dia. Risau melihat gadis kesayangan dia begitu.

"Kenapa kau resah sangat ni?" suaranya dilembutkan sedikit. Cuba menarik perhatian gadis itu.

Aydin sedikit membongkok untuk melihat wajah Anayra yang sedang menunduk. Dia boleh nampak dari wajah gadis itu yang dia sedang fikirkan sesuatu. Sesuatu yang membuat diri gadis itu sendiri tidak tenang.

"Ish... Cakaplah," kaki Aydin menolak perlahan kaki Anayra yang memakai kasut bertutup tu.

"Abang saya... Dia kata nak mesej kalau dah sampai. Ini ikutkan dah sejam dia sampai sini tau. Tapi, tak ada satu pun mesej dari dia," Anayra berdiri dan menjauhi lelaki bermata hazel tu.

Sejauh yang boleh. Dia tak mahu kena tangkap basah kali ketiga bersama lelaki itu. Buatnya Ustazah Fatma pula yang nampak mereka macam mana? Malu!

"Anayra!"

Aydin dan Anayra menoleh ke belakang. Kelihatan Farah yang sedang mengah. Mungkin dia baru lepas berlari.

"Eh korang ni asal berduaan ni? Nak kena tangkap basah lagi ke apa?" Farah mencerlung memandang Aydin dan Anayra.

"Biarlah... Cepat sikit kawin. Kan sayang?" Aydin tersenyum miang.

Anayra pandang Aydin atas dan bawah. Siot betul laki ni. Cepat betul berubah.

"Uishhh sayang eh... Ego kau dah runtuhlah ni?" Farah tersenyum sinis. Tapi baguslah kalau lelaki tu nak baiki semula kesalahan yang dia sendiri buat.

"Kau kenapa datang ni?" soal Aydin. Kali ni nadanya sedikit dingin.

"Ni! Abang kau naik pesawat PSEE 611 kan Nayra?" Farah mendekati Anayra.

Anayra hanya mengangguk kepala. Dia berharap gadis itu membawanya berita gembira kerana dia langsung tak sedap hati sekarang ni.

"PSEE? Panjang betul. Biasa tiga huruf je," Aydin mula mempertikai.

"Pak Samad Express Enterprise," jawab Farah satu nada.

"Macam nama bas je,"

"Kenapa dengan pesawat PSEE 611 Farah?" Anayra sedaya upaya cuba menepis segala prasangka buruk.

"Pesawat tu hilang dari radar!"

Terbeliak mata Anayra. Hilang dari radar? Macam mana boleh hilang dari radar pula? Abang dia macam mana? Dia akan tinggal sorang? Dia akan jadi sebatang kara selepas ini?

Anayra memegang kepalanya. Dunianya seakan berputar. Dia jadi pening dan pandangannya mula gelap.

Farah dah gelabah. Mujur dia sempat pegang Anayra sebelum kepala gadis itu sempat mencium tanah.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now