Bab 17 : Rahsia Terbongkar !

607 54 28
                                    

Setelah 10 minit tayar bas yang dipandu oleh Pakcik Husin berpusing-pusing, kami tiba disebuah selekoh yang dibawahnya terbentang luas ladang teh.

Ladang teh Bharat adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ia juga dikenali sebagai Cameron Valley.

Kalau nak tahu, jika nak dibandingkan dengan Ladang Teh Boh, ladang ini sangat mudah dilawati . Lokasi hanya terletak ditepi jalan.

Parking juga disediakan. Nak masuk ke ladang ni tak perlu bayar, percuma saja. Cuma masa kita je yang susah sangat nak free.

Kalau nak shopping teh pula, di sini ada kedai yang menjual pelbagai jenis teh keluaran Bharat.

Disebabkan aku duduk di tempat duduk belakang, aku lah penumpang terakhir sekali turun.

Jejak je kaki aku ke tanah, aku menoleh ke kiri dan kanan. Masing-masing ada pasangan untuk berjalan. Mungkin ada juga yang dating dalam senyap.

We never know. Dua hati yang terpaut sesama sendiri tetapi sengaja di rahsiakan kerana takut hubungan mereka menjadi buah mulut orang?

Di satu sudut, mata aku menangkap pasangan yang duduk berjauhan tapi mata mereka merenung satu sama lain. Kadang kala si perempuan menoleh ke arah lain lalu tersenyum malu. Si lelaki tak jenuh merenung perempuan itu dengan senyuman tipis.

Siapa? Come on!

Yana dengan Afiq semestinya. Aku dah mula ship mereka sejak peristiwa di pondok bas tempoh hari. Di mana Afiq menegur Yana yang bertindak menyinsingjan lengan baju.

Tak heran juga, Afiq dulu budak Tahfiz tau Tapi dia jarang tunjuk sisi ustaznya itu.

Aku masih ingat lagi saat aku terserempak dengan dia di perpustakaan. Jangan tanya kenapa aku pergi sana. Niat aku hanya mahu membaca novel secara free.

Aku bab bab duit ni memang kedekut sikit. Tapi kalau untuk makanan, aku sanggup gunakan sebanyak mana pun. Asalkan perut aku kenyang di isi dengan makanan.

Berbalik kepada cerita di perpustakaan. Aku terserempak dengan Afiq yang mengenakan hoodie hitam. Dia hanya mengalas sebelah tali beg di bahu kirinya. Tangannya memegang rapi Alquran bersaiz sederhana.

Vibe Bad Boy tapi tengok dia bawa Alquran... Haish, tak tahulah nak cakap apa. Muka dingin dia tu lagi.

Ya Allah, Nayra. Boleh pula kau bayang pasal anak teruna orang? Sudahlah Afiq tu dah berpunya.

Yana dan Afiq tak official pun. Tapi dalam imaginasi aku mereka dah pun berkahwin tau!

Aku mengorak langkah meneruni bukit untuk ke kawasan ladang tu. Daun kehijauan itu menarik minat aku.

Jalan bukit ni tidaklah terlalu curam ekoran jalan yang mereka buat ini berbentuk seperti huruf Z. Aku masih berada di atas.

Mata aku memerhati pasangan yang sudah pun di berada jalan bawah. Aku senyum, Najla dan Encik Minghao.

Encik Minghao mengekori bas yang dipandu oleh Pakcik Husin setelah diperlawa oleh Aydan untuk turut serta ke Cameron Valley ni.

Bukan main semangat si sepet tu.

Tiba-tiba saja aku teringatkan kenangan dahulu dimana aku, Najla dan Encik Minghao sering bergaduh tanpa sebab yang jelas. Kadang-kadang benda sekecil zarah pun kami nak buat gaduh.

Walaupun hanya kami bertiga, tapi suasana kedai bagaikan ada 30 orang pekerja. Punya riuh kami ni kalau dah mula bergaduh dan bergurau sesama sendiri.

Encik Minghao pun dah bahagia tinggal di Cameron ni. Kaya raya dah dia sekarang tau! Ladang entah berapa puluh ekar yang dia ada pun, aku tak tahu. Yang pasti, itu semua turun temurun keluarganya.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now