Bab 41 : Poor You

437 43 48
                                    

-Author Pov-

"Aku nak pergi Dubai lusa. Kau nak ikut?" soal Zafran. Matanya fokus pada nasi goreng Pattaya di hadapannya itu.

"Berapa lama?"

"Tak pasti. Maybe setahun,"

Hampir tersedak Anayra dibuatnya.

"Setahun?! Lamanya! Nak ikut, tapi Rarakan kerja," Anayra mencebik. Lama betul abang dia bakal tinggalkan dia untuk kali yang ke dua.

"Berhentilah. Aku ni dah mampu nak tanggung makan minum kau. Setakat makanan anjing tu, apalah sangat," kata Zafran selamba.

"Eee... Abang!"

Pecah tawa si Zafran bila tengok wajah adik perempuan kesayangannya tu mula cemberut. Comel.

×××××

"Din. Kau dah balik?" Aydan tersenyum menyambut kepulangan abang kembar kesayangannya yang baru masuk ke pekarangan rumah.

Rindu kepada lelaki itu memang tak boleh dibendung dah rasanya. Laju saja dia berlari ke arah lelaki yang mempunyai wajah yang sama dengan dirinya tu. Tubuh itu dirangkul erat.

"Eee... Tepilah. Kau ni Dan! Aku pergi dua minggu je pun," kata Aydin dalam kepenatan. Tapi hatinya berbunga-bunga dengan tindakan adiknya tu. Terharu ?

"Alah... Biarlah aku nak lepas rindu kejap," mata dia tertutup rapat. Kepala dia direhatkan pada bahu luas Aydin itu.

"Eleh kau. Kalau aku ada kat sini. Kau buat aku macam tak wujud je,"

"Hehehe... Janganlah marah. Jom masuk,"

Pasangan kembar itu melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik Encik Zahrain, bapa mereka. Senyuman tak lekang dari bibir mereka. Masing masing bertukar cerita.

"Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk ke dalam rumah aku?" lantang suara Encik Zahrain kedengaran keseluruhan ruang. Suara dia yang dalam tu mampu membuat semua orang kecut perut.

Aydan dan Aydin tergamam. Papa mereka yang lembut dan sopan santun bak kucing parsi kini berubah menjadi singa jantan yang kelaparan. Kenapa?

"Aku tanya. Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk ke dalam rumah aku?!" nada Encik Zahrain semakin tinggi. Sepasang mata hazelnya merenung tajam ke dalam anak mata hazel anak sulungnya, Aydin.

Aydin kaku ditempat dia berdiri. Seumur hidupnya. Ini kali kedua dia direnung sebegitu. Kali pertama masa dia sekolah menengah, malas nak pergi solat Jumaat.

"Kau mungkir janji Aydin. Kau janji dengan aku kau akan berubah. Kau janji dengan aku yang kau tak buat lagi. Aku fikir kau dah insaf. Tapi tak! Kau memang tak akan pernah berubah Aydin. Kau permainkan Anayra yang cintakan kau seikhlas hati dia. Kau malukan aku. Aku tak ada anak macam kau!"

Kata kata Encik Zahrain bagaikan peluru yang ditembak berkali-kali pada hati Aydin.

Aku tak ada anak macam kau.

Aydin kaku.

Mesti sebab video yang aku hantar di ig tu dah tersebar. Tch, netizen. Kata Aydin di dalam lubuk hatinya.

"Pergi dari rumah aku!"

"Papa!"

"Aydan," bahu Aydan disentuhnya. Lelaki itu segera menoleh ke arah abangnya dengan mata yang berkaca.

Aydin hanya senyum. Tangannya di bawa masuk ke dalam poket seluar slack hitamnya.

"Tak sangka cepat Encik Zahrain tahu tentang ni. Lega sikit hati saya ni. Tak perlu dah saya nak berpura-pura dan ikut janji tu. Encik tak tahu betapa sakitnya saya nak tahan diri sebelum ni. Jadi lepas ni, saya dah boleh buat sesuka hatilah kan?" Aydin tersenyum sinis. Lega hatinya. Lepas ni, dia akan bebas.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now