Bab 48 : Aydin & Farah

429 34 17
                                    

"Kau tengoklah tu. Elok sangatlah perangai berkepit je berdua," ujar salah seorang makcik bernama Mak Yah di kedai runcit itu. Sakit mata dia tengok Aydin dan Farah main kejar-kejar di hadapannya.

"Ala... Dorang kan kawan sehidup semati. Biarlah dorang. Bukan dorang buat benda terkutuk pun," ujar Mak Robi yang sedang memilih biji tomato dengan khusyuk.

"Dorang dua tu masing-masing anak ustaz. Patutnya pandailah jaga ikhtilat,"

"Aku sokong apa kau cakap Yah. Aku selalu nampak Farah dengan Ayan tu lepak dekat sawah padi. Berdua-duaan wey!" ujar Mak Sufi sambil melagakan kedua-dua jari telunjuknya. Menandakan yang Farah dan Aydin tersangat akrab.

"Elok sangatlah tu. Orang kata kalau berdua ni ada yang ketiga. Nanti mulalah ada yang terlanjur. Aku tak nak kampung kita ni ada anak luar nikah. Buat malu je!" Mak Robi hanya menggelengkan kepala. Rakan dia dua orang tu suka betul mengumpat orang-orang dalam kampung ni.

Lagi-lagi hal si Farah tu. Entah apa dosa gadis tu pada mereka pun tak tahulah.

"Betul betul... Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ustaz pun ada yang buat hal. Farah tu dahlah seksi. Aku ingat lagi masa dia freehair fuh, dengan laki akulah terbeliak tengok dia. Sekarang tiba-tiba bertudung balik. Takut kena azab dekat neraka lah tu,"

"Siapa je tak takut kena azab dekat neraka, Sufi? Farah yang muda tu pun reti nak kembali ke pangkal jalan. Kita yang tua ni? Kubur dah memanggil pun sibuk lagi nak cari baik buruk orang,"

"Ish kamu ni Robiah. Suka sangat pertahanan si Farah tu. Tak faham betul aku," Mak Yah dan Mak Sufi meninggalkan Mak Robi berseorangan di situ.

"Amboi Mak Yah, Mak Sufi. Banyaknya membeli. Ada kenduri ke?" tegur Mak Liya yang baru sahaja sampai dengan ramai. Namun dia hanya mendapat jelingan dari dua wanita bayanya itu.

"Haah... Nak buat kenduri tolak bala malam ni. Kampung ni makin lama dipenuhi maksiat. Kan Sufi," Mak Sufi hanya mengiyakan sahaja. Mereka langsung tak memandang ke arah Mak Liya yang terpinga-pinga.

"Maksud Yah? Liya tak faham,"

"Haih... Tolak bala lah. Takut-takut ada yang terlanjur dekat dalam kampung ni. Cukuplah Ali sorang je tergila-gilakan anak kamu si Farah tu sampai ambil bahan terlarang. Risau Ayan pula nanti jadi mangsa anak kamu tu,"

Mak Liya terdiam. Jauh disudut hatinya dah mula menyumpah seranah anak gadisnya, Farah. Kalau gadis tu pulang ke kampung, mesti ada sahaja yang tak kena. Kalau gadis tu tiada, aman saja kampung ni.

"Apalah agaknya kerja dia dekat Kuala Lumpur tu kan? Entah-entah jadi pelacur orang VIP kat sana,"

Tanpa sebarangan kata, Mak Liya beredar dari situ dengan hati yang panas membara. Dalam fikirannya sekarang, dia nak ajar si Farah tu cukup-cukup.

"Mujurlah si Faiz tu kita dah buang awal-awal. Kalau tak, makin teruk agaknya kampung ni. Harap je bapaknya ustaz, tapi perangai. Haram,"

"Betullah orang kata iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa,"

×××××

"Ibu... Sakit ibu," rintihan Farah langsung tidak diambil peduli oleh Mak Liya. Tanganya ligat melibas rotan pada tubuh sang gadis itu.

"Kau memang suka memalukan aku kan? Dah elok-elok kau keluar dari kampung ni tiba-tiba kau datang semula. Hidup keluarga aku aman bila kau tak ada dekat sini tahu tak?! Menyusahkan!" rotan yang sering digunakan Ustaz Farhan masih menjadi senjata Mak Liya untuk menyakiti gadis itu.

Tak hanya itu, habis diterajangnya gadis itu. Rambut perang separas bahu itu ditariknya sehingga gadis itu terdongak ke atas. Mata penuh dendamnya menikam anak mata sayu milik Farah yang menahan kesakitan.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now