Bab 50 : Aydin Zayaan

495 33 19
                                    

"Aydin rindu mama!"

Aydin mengeratkan pelukannya. Dagunya diletakkan di bahu mamanya. Wanita itu hanya kaku tak membuat apa apa. Dia terkejut.

"Miss you~" ujar Aydin dengan nada manjanya.

"Astagfirullahaladzim... AYDIN ZAYAAN!" Teriak Encik Zahrain. Bulat matanya terkejut melihat anak terunanya itu.

Aydin menoleh, "papa. Kenapa?"

"Apa bising bising ni?" Giliran Ustaz Farhan dan Mak Liya serta mamanya, Puan Aysha pula munculkan diri. Terbeliak mata mereka tengok Aydin.

Mata Aydin juga turut terbeliak tengok mama dia Puan Aysha yang berdiri di sebelah papanya, Encik Zahrain.

Serta-merta dada Aydin ditolak kasar. Gadis itu melarikan diri. Dia malu semua orang memandangnya sekarang.

Tak sempat Aydin mahu melihat wajah gadis yang di peluknya tadi tanpa sengaja. Farah ke?

Ustaz Farhan melangkah ke arah Aydin bersama Encik Zahrain. Aydin ketakutan. Dua dua lelaki depan dia sekarang tak ubah seperti monster.

Puan Aysha? Dia berlari mendapatkan gadis yang lari masuk ke dalam bilik.

Ya Allah, ampunkan aku! Aku tak sengaja!

"Apa Aydin buat ni?! Peluk perempuan bukan mahram Aydin?" Ustaz Farhan mencerlung membuatkan lutut lelaki bermata hazel itu longgar.

"M-maaf. Saya tak tahu pulak tu F-farah. Saya ingat tu mama," kata Aydin tergagap-gagap.

Ustaz Farhan dan Encik Zahrain merenung Aydin tajam.

"Aydin kena bertanggungjawab," ujar mereka tegas.

"Ha?! Tapi Aydin tak sengajalah!"

"No excuse."

What the fu--

×××××

Aydin keluar dari tandas setelah selesai membuang hajat. Otak dia asyik teringat pasal tadi. Setiap kali itu, dia akan beristighfar panjang.

Sejak dah insaf ni macam tulah dia.

Dia menaiki tangga kayu yang menghubungkan ruangan dapur dan ruang tamu. Biasalah rumah kampung. Tapi tetap cantik!

Langsir bilik dikuak. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tak selalu tutup pintu sebab ada langsir. Tapi kalau malam nak tidur baru dia tutup pintu.

Dia merebahkan diri ke atas katil bujangnya. Niatnya ingin tidur terbantut apabila terdengar bunyi gelak tawa seorang perempuan yang dia kenal.

Nur Farah Aqilah.

Aydin pun bangun dari katilnya. Dia menuju ke tingkap biliknya yang terbuka luas. Gadis yang sedang meratah sebalang tin milo itu menjadi benda pertama yang dia lihat.

Nampaknya gadis itu sedang membuli anak beruk belaan keluarga Aydin, Muhammad Zayad.

"Macam mana dia boleh gelak gelak macam tu lepas apa yang jadi? Mereng betul!" desis Aydin.

Dia hanya memerhati gadis itu. Kata-kata papa dan ayah gadis itu mula bergema dalam fikirannya.

"Aydin kena bertanggungjawab"

Bertanggungjawab macam mana tu mereka tak fikirkan lagi. Dia lagi rela kena sebat dari kena kawin dengan gadis mereng yang merupakan sahabat karib dia tu.

Kalau gadis tu saja pilihan yang dia ada. Memang dia tak akan terima! Tak akan berlaku!

Big no!

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now