Bab 22 : Butik Crystal

492 57 25
                                    

"apa maksud awak ni?" Aku memandangnya tajam. Dia nak lamar aku ke apa? Ni cara baru buaya melamar ke?

Ayan hanya mempamerkan muka selamba, "jadi partner saya untuk lusa. Syarikat aku ada event esok so saya nak kau teman saya,"

Ya Allah, semua dia campur. Nasib tak masuk sekali I dengan you.

Lambat-lambat aku setuju jugalah untuk jadi kekasih olok olok si Ayan ni.

"Awak baru balik kerja ke?"

Aku pandang Ayan atas bawah. Kemeja putih dan vest hitam yang masih terbutang. Kain bahagian lengan dilipat hingga ke siku. Dua butang dibahagian leher dibiarkan terbuka. Tie dan suit hitam pula ada elok terlipat di kerusi belakang. Rambutnya masih tersusun rapi. Ditambah pula dengan aura Ayan tersendiri yang lain dari yang lain.

"Haah," jawabnya sepatah.

Mata aku sibuk melihat cara permakaian dia sekarang. Hotnya dia ni.

"Saya handsome sangat ke?" Mata kami bertentangan. Lidah aku kelu bila tengok mata dia dan bibir dia yang sedang tersenyum sinis ni. Senyuman sinis tu menambahkan lagi aura Ayan.

Ayan mendekatkan mukanya ke muka aku. Pipi aku dah membahang. Dengan pantas tangan aku membuka pintu kereta dan turun. Pintu itu ditutup serta-merta. Aku dapat dengar samar samar gelakkan yang terhambur keluar dari mulut Ayan.

Dia suka buat aku gelabah!

"Jom," Ayan melangkah pergi apabila yakin keretanya sudah dikunci. Tangan kirinya yang tadi memegang kunci kereta di masukkan ke dalam poket kan dibiarkan begitu. Dari belakang pun dah boleh nampak betapa segaknya dia ni.

Macam lagak Mafia pun ada.

"Nayra, kau nak aku dukung kau ke?" Ayan dah muka cekak pinggang. Aku pula tersengih dan mengikut langkahnya.

Syok sangat tengok anak teruna orang.

Ayan masuk ke dalam Butik Crystal apabila aku dah mula melangkah mendekati dia. Aku ingat dia nak bukakan pintu untuk aku tapi dia pergi tutup pintu kaca lutsinar tu!

"Ayan!! Bukaklah pintu!" Aku cuba tolak tapi dia tahan saja pintu. Tangan aku tolak dengan sepenuh hati tapi langsung tak mengganggu si Ayan. Dia relax je tengok aku dari dalam.

Eeee... Fikir butik ni mak bapak dia punya ke?

Ayan terjelir-jelir lidah dari dalam, mengejek aku yang tak lepas masuk ni. Aku dah mula cemberut sambil hentak hentak kaki. Geram tau!

Tiba tiba Ayan menoleh ke belakang dengan muka cuak. Dalam beberapa saat selepas itu dia lari menjauhi pintu sambil terkekeh-kekeh. Aku pula membatu di situ.

Wanita yang dalam lingkungan separuh abad datang dan membukakan pintu untuk aku. Aku tersenyum manis kepada wanita itu dan menundukkan kepala sebelum masuk sebagai tanda hormat.

"So, Your name is Anayra, right?"

Aku tergamam. Makcik ni tahu nama aku?

Wanita itu ketawa perlahan. Mungkin sebab riaksi muka aku yang tak dapat ditafsirkan ni. Dia segera membawa aku ke sofa di tengah ruang. Kami sama-sama duduk di situ. Mata aku meliar ke kiri dan kanan.

Mana Ayan?

Lesap terus eh kau...

×××××

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Tercungap-cungap aku bernafas. Lift masih rosak. Jadi nak atau tak nak aku tetap kena gunakan tangga untuk sampai ke tingkat tujuh ni.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now