Bab 13 : Ayan ?

577 61 15
                                    

"Hey~
beautiful beautiful beautiful
beautiful An-"

Terus aku terjaga dan capai telefon pintar di meja kecil yang terletak di sebelah katil. Tujuannya, aku nak tutup alarm. Tapi, bukan phone aku yang berbunyi rupanya. Sebaliknya phone milik Yana.

Tak sangka aku ada geng guna lagu Beautiful Bazzi sebagai alarm.

Yana bangun lalu menutup alarmnya dan sambung tidur. Untunglah Najla dengan Yana sama sama ABC hiks.

Yang sebelah aku ni dah tenyeh tenyeh mata dia. Rambut serabai, Ya Allah. Tanpa membuang masa, aku terjah bilik air terlebih dahulu. Bukan apa, Laila kalau dah masuk nanti, tahun depan agaknya baru nak keluar. Risau kadang.

Siap buat ibadah wajib, aku kembali rebahkan diri ke atas katil. Jam dah menunjukkan pukul 6:45 pagi. Dalam pukul 8:30 pagi nanti kami akan keluar ke Tringkap. Keluar awal sebab risau jalan sesak. Kalau dah sesak nanti memang tak boleh nak buat apa dah.

Memandangkan sekarang baru pukul 6:45 pagi, tak salah kalau aku nak terlelap 15 minit kan? Moga moga aku tak terlajak.

×××××

"Hi Nayra!" aku menoleh. Eh, Aydanlah!

Aku tersenyum, "Hi Aydan,"

Kami bertentang mata. Rambut dia kali ini di ikat lagi seperti mana pertemuan kami di Kedai Bunga Encik Minghao dulu. Disaat dia membantu aku dari kes rompakkan.

Handsome...

"Sejukkan Cameron ni?" Aydan memasukkan tangannya ke dalam poket yang terdapat pada hoodie merahnya. Pandangannya dilemparkan ke arah ladang teh yang terbentang luas dihadapan kami.

Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Mengingatkan dia dengan Laila, senyuman aku mula pudar.

Apa hubungan mereka?

"Jauhnya termenung, kau fikir apa?" aku tersentak lalu memandang Aydan. Aku senyum segaris sebelum menggelengkan kepala.

"If you see me in Red again, just call me Ayan. Get it?"

Aku memandangnya lama. Ayan ? Him ?

"Kenapa Ayan? Biar jelah Aydan, lagi sedap kan?"

"I'm not Aydan and I will not be Aydan,"

"Ouh ya... Awak alter Aydan," tak tau kenapa. Aku rasa sedih bila mengingatkan dia wujud dalam badan Aydan. Bukannya sebagai manusia nyata.

Tiba tiba 'Ayan' cuba menghapuskan jarak antara kami. Dia mendekati aku langkah demi langkah. Aku mengundur dengan muka cuak. Gila tak cuak! Muka dia bengis gila sekarang ni. Tangan dia mencengkam kedua dua bahu aku lalu badan aku di goncang dengan kuat,












"Nayra! Bangun!"

Ha ?!










"Nayra! Bangun! Dah pukul 8:15 ni. Awak tak bersiap lagi," aku bangun dengan mengejut dan lihat sekeliling. Aku dalam hotel? Aku tengok orang yang kejut aku, Laila.

"Cepat Nayra bersiap. Nanti Aydan marah," aku mengangguk. Najla, Yana dan Laila nak tunggu aku. Tapi aku menghalang, aku suruh mereka pergi terlebih dahulu kerana aku rasa yang aku akan mengambil masa yang lama.

Ya Allah, aku terlajak tidur. Jadi tadi tu hanya mimpilahkan?

Nayra! Kau tak ada masa untuk fikir semua ni sekarang. Mandi pun belum.

Air liur basi yang meleleh aku lap.

Astagfirullahaladzim, habislah aku.

×××××

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now