Bab 19 : Dark History

523 54 15
                                    

author pov (?)

"Mana Nayra ni? Lama betul masuk tandas," rungut Aiman. Hujung kakinya dihentak-hentakkan ke lantai. Jam Fossil hitam yang terlilit cantik ditangannya sudah 5 kali dikerling.

Budak ni jatuh dalam jamban ke? Bisik hati Aiman.

"Itulah, nak masuk 10 minit dah tunggu ni. Makin ramai orang naik, nanti susah kita nak keluar simpang," sambung Pak cik Husin. Mata dia tak lepas dari memandang jalan raya yang dah mula sesak.

Tak lama lagi mesti kereta-kereta tu tak bergerak akibat kesesakan jalanraya yang teruk. Sudahlah bas tu panjang, mesti akan lebih menyusahkan nanti.

"Ayan, kau datang sini naik keretakan?" tanya Kak Mira dalam nada yang sopan. Semua terkejut melihat Kak Mira yang berubah seratus lapan puluh darjah itu.

"Taklah, basikal,"  teh didalam cawan yang tersisa dihirup sehingga habis. Kak Mira dah menyumpah-nyumpah dalam hati dia.

"Menyumpah akulah tu. Kau yang tanya soalan bodoh siapa suruh?" belakang badan tegap Ayan disandarkan kebelakang. Dia memandang Kak Mira dengan riak selamba.

Tercabar Kak Mira apabila si muda tidak pandai menghormatinya sebagai yang tertua. Buku limanya digempal kuat.

"Asal tanya?" kening Ayan terangkat.

"Bawak Nayra balik. Kiteorang nak berambus dulu," cadang Yana.

"Bagi aku naik sekali, tak elok mereka berdua saja dalam kereta tu," sampuk Kak Mira. Tapi yang lain membantah. Kononnya mahu hubungan Ayan dan Nayra semakin rapat.

Sial betul.

Setelah selesai berbincang. Mereka sebulat suara akan meninggalkan Nayra. Yang lain semua sudah menuju ke bas tetapi Kak Mira pula masih berlengah-lengah. Niatnya mahu bertikam lidah lagi dengan Ayan.

"Kau jangan nak apa-apakan anak dara orang, aku sayang Nayra tu macam adik aku sendiri," beg tangan kuning terang Kak Mira diambil dengan kasar.

Ayan tersenyum sinis, "kau ni tahu saja kan plan aku?" Kak Mira yang baru berjalan beberapa langkah justeru terhenti. Tatapan mata tajam dihadiahkan buat lelaki yang berbaju merah itu.

"Mesti kau letak something dalam air Nayrakan?". Ayan tergelak sambil menepuk tangannya berkali-kali, "tak sangka otak tua kau tu masih boleh berfungsi dengan baik. Impressive Mira Adriana,"

"Jangan buat kerja gila, Aydin."

"Aku benci nama tu!" bentak Ayan sedikit kuat. Dia benci sangat dengan nama 'Aydin' tu. Banyak kenangan gelap disebalik nama itu.

Kak Mira tersenyum sinis, "listen, kau mesti tak mahu Nayra tau nama penuh kau kan? Dan kau pun mesti tak mahu dia tau sejarah gelap kau. Jadi aku warning, jangan buat hal,".

"Aku akan buat Nayra fall in love dengan aku dan percayakan aku seratus peratus," jawab Ayan. Ya, dia tekad untuk memiliki hati Anayra Zaaya. Apa pun jadi, dia akan pastikan gadis itu tunduk padanya.

No matter what happens.

"Kita tengok, siapa yang akan menang. Dia tak akan jadi milik kau, Aydin. Never, but it's okay. I will let you to imagine have a nice life with Nayra. But remember, it will never happen. Your dark history always follow you behind." sinis Kak Mira.

Bergerak-gerak rahang Ayan setelah mendengar ayat Kak Mira. Sedaya upaya dia menahan sabar yang semakin lama semakin menipis.

Wanita yang berusia 30-an itu menyambung langkahnya tadi menuju ke arah bas.

[C] Putera KayanganWhere stories live. Discover now