🌼LUN

7.6K 443 50
                                    

       
                                🌼🌼🌼

      

           "Saya dengan gembira ingin mengatakan bahawa semua murid spm sekolah kita telah di sponsor untuk mengadakan lawatan di Port Dickson"kata Ketua kelas yang berada di hadapan

Semua murid bersorak gembiraa

"Lawatan ni di adakan untuk bagi murid tenangkan fikiran sebelum spm "Terang Ketua itu lagi

"Alhamdulillah"kata Meyra

Dino memandang Maria di sebelahnya yang sedang tersenyum sinis

"Maknanya tak yah bayar la kan?"soal Rara

"Ya , free sahaja"balas ketua

"Okeh cun, yey akhirnya dapat jugak pergi bercuti "kata Meyra

"Wajib pergi ke?"soal Nell

"Jangan cari pasal"ujar Meyra dan Rara serentak

"Wooo...aku tanya je , relax kawan kawan"balas Nell

"Benda free takkan tak nak pergi kan"kata Ketua kelas lalu mengedarkan kertas kepada pelajar kelas itu

"Borang last hantar hari jumaat "kata ketua kelas lagi

"Nanti nak WhatsApp ummi Nell , suruh tanda setuju untuk lawatan kalini"kata Meyra

"Kau pahal, tak payah biar aku je yang cakap dengan ummi , sebok je kau ni "kata Nell

"Huh nanti kau tak nak pergi pulak"Kata Meyra

"Iya , aku pergi la free je kan, dah jom rehat "balas Nell lalu menolak rara dan Meyra keluar kelas, malas mendengar dua ekor budak ini berleter

"Ish kau ni sabar la, ambilkan beg dompet aku dalam beg kejap"kata Meyra

Nell masuk ke dalam kelas kembali lalu beg dompet hello kitty pink Meyra diambil

"Kalau kau tak pergi siap kau"kata Meyra sudah lali dengan perangai Nell yang malas untuk menyertai hal sebegini

"Entah kau Nell , membongak je kerja kau, janji eh kau ikut"jerit Rara dari luar kelas

"Ya sayang~"kata lalu keluar dari kelas

Malang betul nasibnya , tu lah orang kata, mulut tu kalau nak bercakap, tengok kiri kanan dulu

"Wuihhh, untung betul di panggil sayang"kata Daeng lalu memegang bahu Jimmy

Wajah jimmy betul betul di hadapan wajah cemas Nell

Meyra dan Rara menahan gelak, sahaja mereka membiar Jimmy lalu di hadapan kelas itu tanpa memberitahu  Nell

"Er- sorry tak perasan ada orang kat luar"kata Nell

"Sokay baby"balas Jimmy lalu berjalan ke arah yang ditujunya

Suara garau nya itu benar benar membuatkan perempuan cair.

"Fuhhhhh"suara ejekan rakan rakan dan murid yang berada berdekatan didengari

Meyra dan Rara menutup mulut menggunakan tangan

"Baby weh HAHAHAHHA"Meyra melepaskan tawanya

"Omg Nell tahniah"kata Rara

"Mengarut korang ni, d - dah  jom"kata Nell , cuba menahan debaran di hati

"Nell dah blushing la "kata Meyra

"Mengarut je la kau ni, cepat la aku dah lapar nii ..nanti aku sakit ha korang jugak yang susah kan , dah jom"kata Nell..

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now