🌼LUN

7.2K 409 24
                                    

6 tahun berlaluuu

Jimmy berjalan ke arah rakan rakannya

Daeng, Emir dan Kasyaf yang masih setia bersama dirinya dari dulu

Wajah mereka juga semakin hesmess!!

"Yow bro , makin busy sekarang"kata Emir lalu bersalam dengan Jimmy

Jimmy tersenyum sedikit lalu berkata "ye la papa aku nak sangat aku ambil alih tempat dia"balas Jimmy lalu menarik kerusi untuk duduk

"Berapa lama dah kau kerja kat situ?"soal Daeng

"Baru tiga bulan, awal sangat la aku masuk "kata Jimmy

"Best la kau dah ada kerja"kata Kasyaf

"Entah, ha tunggu masa nak kahwin je lepas ni , pastu jadi bapak orang"kata Emir

"Hmm member dah tak sabar tu , study dekat itali, hari hari duk usya gambar bakal bini dia "kata Daeng

"Awek dekat Malaysia ,dia dekat itali mau tak rinduu"balas Emir pula

Jimmy hanya menggeleng

Kini usia mereka sudah mencecah 23 tahun dan baru sahaja menamatkan zaman University

"Kau Kasyaf seronok sangat dekat Amsterdam tu, banyak awek lah tu kat sana sampai tak balik balik kat sini"kata Emir

"Gila lawa awek awek dekat sana"balas Kasyaf lalu tergelak

"Dapat satu tak?"soal Daeng

"Tak"balas Kasyaf lalu muncung

"Tak laku kau ni bro , tengok Emir ni , dah ada awek"kata Daeng lalu menepuk bahu Emir

Emir yang di puji itu tersenyum bangga

"Eh tapi yang paling setia mamat ni la"Kasyaf menepuk bahu Jimmy

"Mau tak setia, kene kejar parang dengan mama dia nanti "kata daeng

Jimmy tergelak halus , masih menjaga imej bad boy nya seperti enam tahun lalu

"Arh asyik aku je belanja kau pulak la"suara perempuan bertekak itu menarik perhatian empat jejaka itu

"Wow"kata Kasyaf setelah melihat 3 gadis itu yang semakin cantik

"Aduh semak la Dino, dah la bangun lambat, harini kau sepatutnya masak tau"kata Meyra lalu menjeling Dino

"Banyak bunyi lah kau , nak suruh aku masak apa , bawang goreng? Lain kali tu bagi tahu la awal awal tak ada barang dapur "kata balas Dino

"Aduh bising betul la , buat malu je orang tengok"balas Rara

"Biaq pi la cafe aku"balas Dino

"Nellya safura!" Panggil Dino kepada Nell yang baru sahaja keluar dari membuang sampah

Nell membuat kerja sambilan di Cafe Dino

"Kau ni memekak je , aku sumbat sampah dalam mulut nanti baru tahu"kata Nell lalu menjeling

"Alah kau marah marah ni kenapa?,gaduh dengan boyfriend?"soal Dino

"Banyak la kau punya boyfriend"Nell menarik kerusi di tepi Rara

"Penat gila"topi di tarik lalu di kibas kibas mukanya yang sudah berpeluh

"Tau pun penat, yang kau sebok nak kerja tu kenapa"kata Meyra

"Kesah pulak aku,kalau bukan sebab minah rambut brokoli tu , aku dah tak kerja kau tahu tak, eyh menyakitkan hati je"kata Nell

"Dia buat apa niii aku ketinggalan zaman ke"kata Meyra

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now