Nell terjaga apabila dirinya di goncang seseorang "Hey budak bucukk bagunn"suara seorang lelaki menyapa
Nell memandang wajah lelaki ktu
"Nell Nell"suara yang di rinduinya
Angah yang sudah meninggalkan dirinya beberapa tahun yang lalu
"Nell tengok ni gambar angah tangkap, lawa kan"kata angah sambil menggoncang bahu Nell
"Nell sayang, angah cakap ni"kata Angah lagi
"Cantik"balas Nell lalu melihat gambar itu, gambar ummi dan Walid
"Walid , walid mari la sini, tengok gambar yang angah tangkap tadi"kata Angah
"Wah boleh jadi jurugambar anak walid ni"balas walid lalu memeluk angah
Nell memandang wajah walid, wajah yang di rinduinya
Walid dan angah yang memakai jubah putih itu membuatkan dia berasa seperti berada di syurga
Terus dia memeluk tubuh walid
"Walid , Nell rinduu"kata Nell dengan tangisan
"Eh apa anak walid ni nangis pulak"kata walid
"Kenapa walid tinggalkan Nell"kata Nell beserta tangisan
"Ish apa adik angah ni menangis pulak,tak malu lah"kata Angah lalu menggosok kepala Nell penuh kasih sayang
"Walid ada je ni dengan Nell,angah pun ada"kata Walid
"Tak, walid tinggalkan kitorang ...walid Nell sayang walid, sayang angah"kata Nell
"Walid pun sayang Nell juga, dah besar dah anak manja walid nii"kata Walid sambil menggosok kepalanya
"Nell bangun sayang"tiba tiba satu suara kedengaran sayup memanggilnya
"Ummi"kata Nell
"Ish ummi ni, angah baru nak luangkan masa dengan adik angah ni"kata Angah lalu ketawa
"Ummi dah panggil Nell , Nell bangun ya Sayang, ingat pesan walid tau , jaga solat.. dengar cakap ummi , Walid dengan angah tunggu kamu semua di syurga"kata Walid
"Angah sayang semua, Nell jaga diri, InsyaAllah kita jumpa di syurga"kata angah
"Walid jangan tinggal Nell, angah!!!"Nell mengejar langkah Walid dan Angah yang semakin menjauh
"Bye adik angah sayang... jangan sedih sedih tau"kata Angah lalu banyangan mereka berdua hilang
Taman yang indah itu juga turut hilang menjadi putih
Kini semuanya hilang ,taman yang tadinya cantik kini hilang , yang tinggal hanya putih
Dengan perlahan dia membuka matanya
Tangisan ummi kedengaran di sebelahnya
"Kak Nell, ummi kak Nell dah bangun"kata Nafis
"Nell"ummi memeluk tubuh Nell
"Walid"kata Nell , matanya yang memang sudah basah itu semakin basah akibat tangisannya
"Waliddd, angah"kata Nell lagi berserta tangisan
"Nell kenapa sayang"soal Ummi
"Along panggil doktor"kata Along
"Kak Nell, walid kan dah tak ada"kata Nafis
Nell menangis semahu mahunya , sungguh indah mimpinya tadi
Walid, Nell sayang walid dan angah
YOU ARE READING
Lelaki Untuk Nellya
RomanceLelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang keras kepala Nell nak menegur bad boy itu? Lambat lagi Dari jauh sahaja dah rasa nak terpensan apabila...