🌼LUN

7.5K 430 24
                                    

        Nell menjeling Dino di sebelahnya,menyampah melihat Dino yang dari tadi tak henti henti mengusiknya

"Sedap tak air teh o ais Abe jimmy tadi?"soal Dino

Mana tak nya, baru sahaja Dino bangun untuk mengoder air Nell, tiba tiba Jimmy meletakkan airnya di tepi Nell , terus sahaja lelaki itu beredar , mungkin solat.

"Kau senyap la , nanti orang dengar"kata Nell geram

"Kau nanti jangan angau kan imam tadi Nell"usik Dino lagi

Selesai sahaja makan tadi, mereka menunaikan solat zohor berjemaah di masjid berdekatan

Flashback

"Weh , kau dengar tak suara imam tu?"soal Nell kepada Dino setelah memberi salam

"Dengar "balas Dino

"Weh sedap gila suara imam tu "kata Nell lagi

"Haah kan boleh angau weh, tak khusyuk solat"balas Dino

"Tapi suara dia macam pernah dengar"ujar Nell

"Aku pun rasa macam tu, tapi kat mana eh?"kata Dino cuba mengingati

Tiba tiba langsir pemisah bahagian lelaki dan perempuan itu di buka

Terserlah wajah penuh nur Jimmy yang berada di tempat imam

"Weh , hahahahha"Dino mengertawakan Nell

End flashback

"Aduh Nell penat lah tengok drama kau ni"kata Dino

"Shh senyap la, dia dah naik tu"kata Nell apabila melihat Jimmy yang baru sahaja menaiki bas

"Sabar la aku tengah terhibur ni"kata Dino masih lagi dengan tawanya

"Banyak lah kau punya terhibur, kau senyap sekarang"suara Nell semakin perlahan apabila Jimmy lalu di sebelah mereka berdua

Dino menyiku nyiku lengan Nell

"Mengantuk la"kata Dino

"tido"balas Nell sepatah

"Lah kau merajuk ke Nell?"soal Dino lalu tergelak melihat kerenah Nell

"Tak"balas Nell lagi, Dino ni kenapa, dia dah tahu Jimmy ada dekat belakang

"Weh kau nak tahu tak , crush kau dah kahwin"ujar Dino sambil memandang Nell

"Crush aku?..siapa"soal Nell cuba mengingati..banyak sangat ke Crush ?

"Cousin aku tu la , ish takkan tak ingat"kata Dino

"Ouh irpan"balas Nell

"Haaa , dia kahwin minggu lepas, tapi aku baru tahu harini , dah la kahwin dengan jiran nenek aku tu, ish tak suka betul la aku, macam mana la diorang boleh kahwin"kata Dino

"Jodoh"balas Nell

"Tapi aku nak jodoh dia dengan kau , minah jiran tu janda la"kata Dino

Nell terlopong

Mak aih , bukan kaleng kaleng nih

"Apasal aku pulak , aku spm pun tak lagi"kata Nell

Tiba tiba Dino membisikkan sesuatu di telinga Nell

'aku saja je , dia tak kahwin lagi la, tu kau tengok Jimmy kat belakang macam nak makan orang'bisik Dino

Nell menolak Dino jauh, benci.

Lelaki Untuk NellyaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin