🌼LUN

7K 358 15
                                    

 


     Sebulan berlalu . Perkahwinan Nell dah Jimmy semakin hari semakin bahagia. Berkat doa semua ahli keluarga mereka .

Sungguh Nell berasa bersyukur dengan kehidupannya yang sekarang

"Shayangggg "Jimmy memeluk Nell dari belakang . Kepala di letakkan di atas bahu Nell.

"Dah siap ke basuh kereta?"soal Nell

"Udahhh...."balas Jimmy. Bahu Nell di cium

"Ha pergi la mandi. Busuk la"kata Nell . Terus pelukan Jimmy di lepaskan .

"Sampai hati cakap abang busuk"kata Jimmy

"Dah tu memang busuk. Dengan baru basuh kereta. Ha baju basah macam tu. Lepastu datang peluk Nell"kata Nell

"Fine. Peluk isteri sendiri je pun"kata Jimmy.

Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan Nell. Jimmy kembali semula. Berlari sambil menutup mulut

Pintu bilik air di dapur di buka

"Werkk"semua isi perut di muntahkan . Nell menutup air berlalu ke arah suaminya. 

"Abang tak sihat ke? Abang makan apa sampai muntah ni?"soal Nell . Belakang Jimmy di usap perlahan .

"Mana ada makan apa apa, makan breakfast sayang buat tadi je"balas Jimmy

Dahi Jimmy di pegang oleh Nell. Tak panas pun .

"Werkk"lagi sekali Jimmy memuntahkan semua isi perutnya.

"Dah?"soal Nell . Jimmy mengangguk sambil membasuh mukanya

"Jom naik atas "kata Nell

Jimmy di pinpin oleh Nell . Badannya terasa lemah .

"Dah abang pergi mandi dulu"ujar Nell setelah mereka tiba di dalam bilik .

"Sayang tolong mandikan abang"kata Jimmy . Ha sudah

Nell memandang wajah Jimmy lama. Haih nasib suami. Terus di pimpin Jimmy ke dalam bilik air .

            Selesai mandi , jimmy terus membaringkan tubuhnya ke atas katil . Entah kenapa badannya terasa lemah.

"Nell turun bawah , sambung masak , abang nak makan nasi atau bubur?"soal Nell

"Abang ikut"kata Jimmy , badan terus di bangunkan dari baring.

Turun di tingkat bawah , jimmy duduk di atas sofa.  Nell pula bergerak ke dapur .

"Shayangggg......"Suara Jimmy memanggil Nell di dapur. Ish la laki siapa ni ?

"Kenapa? "Soal Nell sambil memandang suaminya yang sedang berbaring di atas sofa . Tangan memeluk bantal unicorn milik Nell .

"Tak boleh. Abang nak muntah la kalau sayang tak ada"kata Jimmy .

"Lah pulak. Habis tu macam mana Nell nak masak ni"ujar Nell . Pening kepalanya dengan badboy dia ni .

"Tak payah masak"balas Jimmy lalu memeluk Nell

"Eh habistu kita nak makan apa. Jangan mengada abang. Kita pergi klinik lah"arah Nell

Laju Jimmy menggeleng kepala. Tidak mahu ke klinik .

"Tak ada apa . Tersalah makan je ni"balas Jimmy

"Are you sure? "Soal Nell . Rambut Jimmy di gosok .

Jimmy meletakkan mukanya di perut Nell yang berlapis baju.

"Bila lah nak ada baby"kata Jimmy

Nell tersenyak seketika. Baby , muntah , mengada . Terbit satu senyuman di bibir

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now