🌼LUN

8.6K 461 42
                                    

9:05 am

       Selesai mandi , Nell duduk di atas katilnya, awal awal lagi jimmy sudah mengarahkannya untuk menunggu sehingga dia siap mandi

Katanya mahu turun bersama, sebelum ni elok je turun sorang, harini tiba tiba nak turun dengan aku kenapa

Nell tidak menyangka bahawa suaminya  itu ialah Jimmy, sangat jauh perangainya dulu dan sekarang

Dulu kurang bercakap , tetapi kini sudah banyak membuka mulut

Atau sebenarnya ini ialah kembar Jimmy?

Kau merepek apa ni Nell, bangang tu simpan sikit

Kedengaran bunyi pinti bilik air dibuka

"Pakai kan"jimmy menghulurkan baju t-shirt kepada Nell

Hampir terkeluar biji mata Nell apabila melihat Jimmy yang tidak berbaju itu

Rosak mata suciku.

Nell bangun dari duduknya untuk memakaikan pakaian itu

Terus pinggangnya di pegang oleh Jimmy

"Thank you baby , rambut sekali"balas Jimmy  lalu menundukkan kepalanya kearah Nell, maklumlah isteri pendek

Nell mengelap rambut Jimmy yang basah itu menggunakan tuala

Bagus Nell pagi pagi dah buat pahala, korang ada? , Pagi pagi masih terbongkang atas katil

"Kenapa tak pandang abang?"soal Jimmy apabila perasan bahawa Nell tidak memandangnya

"Ha?..j-jom lah keluar "Kata Nell..

"Malu?"soal Jimmy sambil menarik tangan isterinya yang ingin membuka pintu bilik

Nell hanya diam

"Pandang mata abang"kata Jimmy, pipi Nell di pegangnya lembut

Nell dengan terpaksa memandang mata Jimmy

Rasa nak terkencing pun ada.Tahan Nell tahan , malu tujuh keturunan nanti.

"I'm your husband now , sayang"kata Jimmy kepada Nell, dia tidak suka apabila Nell tidak selesa dengannya

"Sa- saya tak biasa"balas Nell

"Kena la biasa kan hmm"kata Jimmy lalu meletakkan dagunya di bahu Nell

Nell terkaku

"Jom lah keluar "ajak Nell , cuba untuk melarikan diri dari situasi itu

Jimmy tersenyum melihat isterinya yang sudah malu itu, comel!

Di tarik pinggang isterinya keluar dari bilik

"Ha baru nak panggil, ingatkan tak nak keluar terus"kata Nafis sambil menjeling kakak dan abang iparnya dengan geram

Cis pagi pagi dah tengok diorang ber pegang pegang

"Membebel macam mak nenek, jom sayang"tanpa menghiraukan Nafis, mereka berdua bergerak ke dapur

"Eh, aku punya la nak ajak diorang makan...boleh tinggal aku macam tu je"kata Nafis sambil memandang Jimmy yang sedang memeluk pinggang Nell

"Ish nak kahwin juga"ujarnya lalu menghentakkan kedua kaki tanda protes

"Ha ada pun, jom makan"kata Ummi

"Sorry ummi , Nell tak tolong Ummi"kata Nell kepada Ummi, terbit rasa serba salah

"Eh tak apa lah ummi tak kesah pun"balas Ummi sambil memberikan senyuman

"Ummi along cakap dia nak tidur"kata Nafis lalu menari kerusi untuk duduk

"Biarlah, nanti bangun lah tu"balas ummi

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now