🌼LUN

7.6K 401 38
                                    

  

     "Nanti jangan lupa jenguk mama , tau lah dah kahwin"kata Mama kepada Jimmy

Jimmy tergelak kecil mendengar kata kata dari mamanya itu .

"Tak lupa lah mama"balas Jimmy , di cium tangan kedua ibu bapanya itu

"Nanti Kak Nell datang tau, kita masak sama sama"kata Aywaa

"InsyaAllah"balas Nell beserta senyuman

"Kitorang pergi dulu"kata Jimmy lalu menarik tangan Nell , dia tidak mahu Nell menyalam tangan maksu ..nanti dapat malu sahaja dengan orang tua itu

Setelah masuk ke dalam kereta, Nell melambai ke arah keluarga suaminya itu ..Tiba tiba menjadi sebak bila teringat akan Ummi

"Dear?"tegur Jimmy apabila melihat isterinya yang masih memandang tepi

"Ya"balas Nell laju berpaling ke arah suaminya

"Sayang okay?"soal Jimmy

"Okayy"balas Nell

"Okay kalau okay pegang tangan abang"kata Jimmy lalu menarik tangan Nell

Nell pula hanya membiar sahaja tangannya di tarik

"Jauh ke rumah abang?"soal Nell membuatkan kereta di berhentikan secara mengejut

Nell memegang dadanya, terkejut kita.

"Sayang..sebut apa tadi?"soal Jimmy

"Nell tanya, rumah jauh ke?"soal Nell , ingatkan apalah sampai berhenti kereta macam tu

"No!!"kata Jimmy

"Rumah awak jauh lagi ke abang?"soal Nell lagi

Jimmy menyandarkan belakang badannya , matanya tertutup namun bibirnya mengukir senyuman sehingga menampakkan lesung pipit

"Rasa macam nak pensan je abang ni"kata Jimmy

Nell pula hanya tertawa, serious la ini Eqbal Najmie aka badboy dulu?

"Cepat lah jalan"kata Nell

"Okay baby!"balas Jimmy ceria lalu meneruskan memandu dengan hati yang berbunga bunga

Untuk menghilangkan bosan, Nell membuka telefonnya

Tiba tiba telefon Jimmy berdering, Nama Nuh tertera di skrin , Jimmy menyuruh isterinya menjawab panggilan itu

"Ya Nuh?"soal Nell setelah mengangkat panggilan itu

Setelah itu Nell meletakkan telefon di telinga suaminya, setelah siap mereka berbual, Nell meletakkan panggilan

"Nuh nak apa?"soal Nell kepada suaminya

"Kita pergi Syarikat dulu boleh sayang?, Alang alang tu kita pergi beli barang dapur"kata Jimmy

"Okay"balas Nell

Setelah Sampai di Hadapan syarikat , Mereka berdua berjalan masuk ke dalam , Banyak mata memandang ke arah mereka berdua

Pekerja mula memberikan senyuman dan tundukkan kepada Boss mereka itu.

Nell membalas satu persatu senyuman, manakala Jimmy hanya beriak biasa dan mengangguk kepala .

Lift bergerak ke tingkat 10 di mana office Jimmy berada.

Ting

Pintu lift terbuka, Tangan Nell masih setia di genggam oleh Jimmy , erat.

Lagi sekali banyak mata memandang ke arah mereka berdua , bukan itu sahaja , suara bisikkan juga kedengaran

"NUH!"suara Jimmy dingin memanggil PA nya itu

Lelaki Untuk NellyaМесто, где живут истории. Откройте их для себя