🌼End

8.8K 376 50
                                    



7 bulan kemudian-

         "Dah puas dah tenung pantai ?"soal Jimmy kepada isterinya . Susah betul orang mengidam ni . Kini kandungan Nell sudah berusia 8 bulan lebih . Hanya menunggu baby untuk keluar.

"Dah . Sekarang nak tenung muka abang pula . Boleh?"soal Nell

"Boleh shayang. Abang kan Nellya Saffura punya" ujar Jimmy . Perut Nell yang sudah membesar itu di usap .

"Rasa nak makan aiskrim la"kata Nell . Jimmy memandang isterinya . Biar betul isterinya ini , baru sahaja mereka habis makan aiskrim tadi .

"Kita baru je makan tadi sayang"kata Jimmy .

"Tapi Nell rasa nak makan lagi . Tak boleh ke?"soal Nell

"Nanti kita makan lagi ya . Tak elok la selalu makan aiskrim"kata Jimmy cuba memujuk isterinya .

"Okay hmm"balas Nell mengalah dengan suaminya .

"Jom , dh lama sangat kita duduk dekat pantai ni"Jimmy bangun dari duduknya lalu menghulurkan tangan kepada Nell

"Alaa tak puas la duduk tepi pantai"ujar Nell

"Tak puas? Dah nak dekat tiga jam kita duduk sini. Habis semua makanan kita makan"kata Jimmy

"Mana ada Nell makan semua makanan"balas Nell tidak puas hati

"Ye la sayang"Jimmy hanya menurut , dengan Nell yang sedang mengandung ini susah sikit. Dia aja yang betul.

" jom , kesian baby dalam perut , dia cakap mama dia ni hari hari nak tengok pantai, tak bosan ke? , baik tengok muka papa yang hensem"kata Jimmy

"Bila masa anak kita cakap macam tu? Mengarut je abang, dia keluar pun tak lagi" balas Nell

Jimmy melepaskan tawanya , melihat wajah Nell yang muncung , serta pipi yang sudah berisi itu , nasib baik comel .

"Dah la sayang , jom"Nell di bawa ke arah kereta

"Boleh tak Nell nak jumpa Dino dengan yang lain esok?"soal Nell

"Dekat mana?"soal Jimmy

"Urmm kalau Nell nak ajak diorang datang rumah boleh ke?"soal Nell perlahan.

"Boleh sayang , lagipun kan abang dah cakap kalau nak pergi mana mana abang ikut"kata Jimmy

Nell menganguk kepala, tak sabar pula untuk berjumpa dengan rakan rakannya itu.

Masuk sahaja di dalam kereta , Nell membuka dashboard di mana adanya coklat yang dibeli olehnya semalam.

"Coklat lagi?"soal Jimmy apabila masuk ke dalam kereta .

Nell hanya tersengih namun Jimmy pula hanya mampu menggeleng kepala . Apakan daya ibu mengandung. Marah lebih lebih nanti merajuk sebulan .

"Abang Nell ada satu soalan"kata Nell

"Apadia sayang?"soal jimmy , matanya focus ke hadapan. Memandu kereta dengan cermat.

"Dalam telefon abang ada perempuan cantik tak?"soal Nell

"Mana ada , kan sweetheart hari hari main game Facebook dalam telefon abang , manalah abang simpan gambar perempuan lain"balas Jimmy . Dahinya sudah berkerut pelik dengan soalan isterinya

"Betul ke tak ada perempuan cantik?"soal Nell lagi untuk kepastian .

"Ye tak ada kenapa ni?"soal Jimmy pula

"Habistu... takkan Nell tak cantik?"soal Nell . Terkebil kebil matanya memandang Jimmy di tepi . Dengan sisa coklat di bibirnya .

Tercengang Jimmy dengan ujaran isterinya , macam mana lah dia tak fikir pasal tu,

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now