🌼LUN

6.9K 384 19
                                    

       

         Air Starbucks di pegang olehnya. Penat. Penat melayan kerenah Dino. Kesana kesini kesana kesini .

Habis satu mall di pusing oleh mereka berdua .

"Dah habis dah ?"soal Nell apabila melihat tubuh Dino bersama barang barang di tangannya

"Dah, nah aku beli dekat kau sekali"Paper bag itu di hulur kepada Nell

"Apa ni? "Soal Nell. Dahinya sudah berkerut .

"Baju . Tanda terima kasih sebab teman aku shopping walaupun kau banyak beleber"kata Dino sempat mengutuk Nell

Tergelak Nell di buatnya. Bukan beleber tapi nasihat. Mana tak nya Dino shopping tak ingat dunia . Bukan beratus habis. Tapi beribu .

Lepastu di paksa Nell membeli barang. Katanya suami dah bagi duit guna je la .

"Kau balik dengan suami kau kan?"soal Dino . Air yang sudah di oder oleh Nell kepadanya di ambil untuk minum. Dahaga . Penat

"Haah, aku dah mesej dia . Dia otw"kata Nell

"Okay jom tunggu kat depan"Tangan Nell di tarik olehnya

Setiba di hadapan. Mereka melabuhkan punggung di bangku yang berdekatan.

"Kau balik lah dulu weh"kata Nell

"Tak apa ke kau sorang sorang?"soal Nell

"Mana ada sorang sorang, ramai tu . Tu"balas Nell dengan memuncungkan mulut

"Maksud aku , kau sorang sorang "kata Dino lagi

"Tak apa lah, alah aku dah biasa tunggu orang sorang sorang, lagi lagi tunggu kau. Berejam rejam aku tunggu"kata Nell

Dino tersengih. Okay lah kalau macam tu aku balik dulu"kata dino . Tangan di lambai kepada Nell

"Okay hati hati bawa kereta"kata Nell . Lambaian dari dino di balas olehnya

Kelibat Dino semakin hilang dari pandangannya.

Jam di kerling.4:44 pm

Jimmy masih belum datang . Hari pula sudah gelap tanda hujan akan turun

Setelah beberapa minit. Hujan akhirnya turun mencurah bumi. Nasibnya baik kerana ada bumbung menghalang hujan .

Tiba tiba, datang seorang nenek yang sudah berumur. Mungkin berteduh dari hujan . Cucunya memegang plastik berisi ubat .

"Nenek nah duduk lah" Tempat duduk itu di beri kepada Nenek dan cucunya itu

"Eh tak apa lah"balas Nenek itu

"Eh tak apalah Nek. Saya dah nak balik ni"kata Nell

"Nenek itu tersenyum lalu dia duduk di bangku itu

"Terima kasih, baik hati. Orangnya pun cantik."kata Nenek itu

"Sama sama nek"Nell memberikan senyuman

"Acah baik pula minah ni"suara perempuan berhampiran sedang memerli dirinya. Bukan dia tak tahu, dari tadi perempuan itu sedang mengutuk dirinya. Tapi di biarkan sahaja. Malas mahu mengambil tahu.

"Entah. Nak tunjuk kat orang konon dia baik"kata perempuan satu lagi

Kepala di geleng, Kenapa ada orang yang busuk hati macam ni? . Astaghfirullah semoga kita semua di jauhkan dari sifat busuk hati macam itu.

Setelah beberapa minit. Kereta milik suaminya kelihatan .

"Weh tu . Uih mewah gila kereta tu.Mahal tu"kata perempuan itu

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now