𝐁𝐀𝐁 5

37.3K 1.7K 107
                                    

     "ERSYAD, mana Aiden?" soal Dani yang baru tiba di rumah agam milik Aiden. Matanya melilau ke seluruh pelusuk rumah mencari kelibat Aiden. Mahukan jawapan daripada lelaki itu tentang kejadian semalam.

Beberapa orang anak buah Aiden yang turut berada di situ menunduk tanda hormat apabila menyedari kehadiran Dani. Dani mengangguk kecil sebagai balasan.

"Kau nak apa? Dia sibuk. Lagi-lagi lepas kau tarik diri." Dingin sahaja balasan daripada Ersyad. Malah kata-kata itu dilontarkan tanpa memandang wajah Dani. Seolah cuba memperli tindakan Dani yang mengambil keputusan untuk menarik diri.

"Aku tahu kau follow aku dengan Adara semalam." Balas Dani tanpa mengendahkan kata-kata Ersyad sebentar tadi. Dia menyilangkan tangan ke dada. Ersyad mengalihkan pandangan kepada Dani pada akhirnya.

"Baguslah kau tahu." Tenang Ersyad membalas. Langsung tidak terkejut apabila mengetahui tindakannya semalam diketahui oleh Dani.

"Kenapa? Apa motif kau follow aku dengan Adara sebenarnya?" Soal Dani masih tidak berpuas hati dengan jawapan Ersyad. Kakinya melangkah ke hadapan cuba mendekati Ersyad.

"Sebab dia cuma ikut arahan aku."

Suara garau seseorang membuatkan mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Aiden sedang bersandar di pintu dengan tangan diselukkan ke dalam seluar.

Pandangan mata Aiden bertembung dengan Dani. Keadaan berubah tegang serta-merta. Ersyad berdehem perlahan sebelum pergi dari situ. Pemergian Ersyad dihantar dengan pandangan daripada Aiden.

Sementara, Dani tidak lepas memandang ke arah Aiden yang masih kelihatan tenang. Dia cuba membaca apa yang berada di fikiran Aiden tetapi tak berjaya.

"Kenapa kau arah Ersyad follow aku? Especially why Adara sekali?" Soal Dani terus terang. Tak mahu membuang masa di situ lagi. Kalau boleh dia memang takkan jejakkan kaki di situ.

Aiden mengalihkan pandangan ke arah Dani semula. Sudah tahu perkara itu yang akan dibangkitkan oleh orang kepercayaannya itu. Wajahnya mempamerkan riak muka tidak bersalah.

"Because... Why not?" Ringkas sahaja balasan Aiden. Menunjukkan dia langsung tak berminat untuk meneruskan perbualan ini. Dia berjalan melepasi Dani tanpa berkata apa-apa lagi.

"Aiden, stop. We need to talk." ucap Dani dengan serius. Dia mengekori langkah Aiden menuju ke dalam bilik mesyuarat mereka.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Melainkan kalau kau nak join aku balik," Aiden melabuhkan punggung diatas kerusi. Beberapa fail yang berada diatas meja dipandang oleh Aiden. Dia mula bekerja tanpa menghiraukan kehadiran Dani di situ.

Dani menghela nafas berat. Pandangannya masih terarah pada Aiden. Sekilas pandangannya jatuh pada fail-fail yang berada di situ. Sebaris nama Adara pada salah satu fail itu membuatkan dia panas hati.

Tanpa amaran, fail tersebut sudah berada dalam pegangan Dani. Dia pantas memeriksa kandungan fail tersebut yang dipenuhi dengan segala maklumat tentang bakal tunangnya, Adara. Anak matanya membulat tanda terkejut.

"Apa yang kau nak buat dengan Adara, Aiden!"   Suara lantang Dani memenuhi ruangan bilik mesyuarat peribadi tersebut. Fail tadi dicampak betul-betul dihadapan Aiden.

Serta-merta, Aiden menghentikan tindakannya. Riak wajahnya kosong. Kini, dia bangkit berdiri. Matanya menjeling tajam ke arah Dani.

"Watch your tone. I'm the one in charge here." Keras nada suara Aiden mengingatkan Dani tentang siapa yang lebih kuasa di situ. Pandangan mereka bertembung.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now