𝐁𝐀𝐁 28

40.3K 2K 314
                                    


        "ARA, nak ikut mama pergi butik hari ni tak?" Ajak Puan Rossa kepada Adara. Punggungnya dilabuhkan disebelah menantunya itu yang sedang duduk berehat di ruang tamu. Adara mengiringkan badan sedikit menghadap ibu mertuanya, Puan Rossa.

"Mestilah nak, Ara tak tahu pun mama ada butik dekat sini." Adara mula teruja. Riak wajahnya yang gembira sudah terpamer. Kepalanya diangguk tanda setuju. Rambut panjangnya disepit menjadi sanggul.

Adara teringat sesuatu. Matanya dilirikkan pada figura Aiden yang menuruni anak tangga. Mahu meminta kebenaran suaminya dahulu.

"Kejap eh mama. Ara nak tanya Aiden dulu." Puan Rossa mengangguk tanda membenarkan. Adara segera mengatur langkah mendapatkan suaminya.

"Aiden... " Panggil Adara, lengan suaminya dipeluk. Aiden menjatuhkan pandangan pada lengannya yang dipeluk Adara. Tahu ada sesuatu yang dimahukan oleh isterinya itu.

"Nak apa? Aku nak bawak kau keluar hari ni." Maklum Aiden dengan nada biasa. Dia sudah ada perancangan untuk mereka berdua. Adara pandang Puan Rossa sebelum kembali menoleh ke arah suaminya.

"Ye ke? Tapi mama ajak pergi butik. Nak ikut mama boleh?" Tanya Adara sedikit serba salah. Bukan tak mahu keluar dengan suaminya tapi Puan Rossa sudah mengajak dia terlebih dahulu.

Aiden diam apabila mendengar kata isterinya. Bukan dia tak sedar hubungan ibunya dan Adara semakin akrab. Semuanya selepas girls talk yang dibualkan oleh kedua wanita kesayangannya itu beberapa hari yang lepas. Apa yang dibualkan pun dia tak tahu.

"Mama nak isteri Leo pergi butik hari ni? Esok tak boleh?" Tanya Aiden mendapatkan Puan Rossa. Tak berpuas hati apabila tak dapat membawa Adara keluar bersamanya hari ini. Tangan Adara pada lengannya dipegang.

"Leo, mama pinjam Adara sekejap je. Bukan lama mana pun. Mama nak tunjuk new collection butik dekat Ara. Lepas tu, Leo bawaklah isteri pergi mana pun. Mama tak kisah. Tak lari mana pun isteri Leo."

Puan Rossa cuba memujuk anaknya. Ada sesuatu yang dia rancang untuk Adara sebenarnya. Adara melirik kepada Aiden menunggu jawapan.

"Fine. Balik awal. You have a date with me. So, don't be late." Balas Aiden pada Adara akhirnya. Tangan Adara tadi dihadiahkan ciuman. Rambut isterinya yang terjuntai menutupi sebahagian wajah Adara diselit ke belakang telinga.

Adara tersenyum suka. Date? Dengan Aiden?

Keep it cool, Adara.

“Okay.” Adara cuba kelihatan tak terlalu teruja. Puan Rossa pula sudah mengukir senyuman penuh makna. Aiden mengangkat kening apabila melihat wajah ibu kandungnya yang sedang tersenyum lebar.

“Mama, what?” Soal Aiden pelik. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Puan Rossa mengeleng kepala sebagai jawapan. Aiden memandang Adara dan ibunya silih berganti. Tahu ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuan dia.

Nothing, Leo.” Puan Rossa tersenyum pada Aiden. Bahu anaknya ditepuk lembut. Dia mengatur langkah mahu naik ke atas untuk bersiap. Adara tersengih pada Aiden.

Have fun. Call aku.” Pesan Aiden pada Adara. Tangannya yang disilangkan ke dada menarik penyepit rambut isterinya membuatkan ikatan rambut panjang Adara jatuh beralun hingga ke paras pinggang.

He loves her hair like that.

Hujung bibir Aiden dijungkit sedikit mengukir senyuman apabila melihat mulut Adara yang mencebik. Wajah riak muka tak puas hati jelas terpamer pada wajah Adara sekarang. Dia mengorak langkah ke arah Aiden bersama senyuman penuk makna. 

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now