𝐁𝐀𝐁 11

32K 1.7K 69
                                    

       SEBUAH rumah agam yang terletak di kawasan persendirian itu dipandang lama oleh Iqbal. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling cuba memastikan sekiranya ada mana-mana anak buah Aiden yang sedang meronda kawasan rumah tersebut.

Iqbal menyembunyikan diri di sebalik tembok yang memisahkan rumah agam tersebut daripada jalan. Dia mengelakkan wajah dan bahagian tubuhnya daripada ditangkap oleh beberapa kamera cctv tersembunyi yang dipasang oleh Aiden.

Seterusnya, Iqbal mengambil keputusan untuk menggunakan laluan rahsia yang hanya diketahui oleh dirinya bersama Ersyad dan Aiden sendiri. Kakinya melangkah laju sambil membawa sebuah beg hitam yang berisikan wang tunai.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar. Mahu memeriksa sekiranya ada pesanan mesej baharu daripada Arrez. Tetapi langsung tiada. Hanya ada pesanan mesej daripada dirinya sendiri kepada Arrez semalam tentang tempat pertemuan mereka di sini.

Iqbal membaca kembali alamat yang tertera di telefon pintarnya mahu mencari apa-apa kesalahan yang mungkin menyebabkan Arrez tidak dapat datang. Sedangkan alamat yang diberikannya semalam adalah tepat.

"Aku ada payment kau. Be quick or your loss."

Pesanan itu dihantar kepada Arrez serta-merta. Walapun begitu, Iqbal tetap rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Dia memberhentikan langkah apabila satu pesanan mesej baharu yang masuk. Tetapi bukan daripada nombor Arrez.

"Dani, keluar dari situ. Arrez kena tangkap semalam. Aiden yang tangkap dia. Cepat keluar!"

"Heck." Carut Iqbal segera berpatah balik. Kini barulah faham mengapa Arrez langsung tak menghubungi atau membalas mesejnya sebelum ini. Iqbal mula tersedar sesuatu.

Kalau Arrez ditangkap, bagaimana pula keadaan Adara sekarang. Gadis kesayangannya itu masih selamat atau menerima nasib sama seperti Arrez. Iqbal mula susah hati sekiranya perkara itu benar-benar terjadi pada Adara.

"Kau ada nampak Aiden dengan mana-mana perempuan? Atau mana-mana perempuan yang ada dengan Arrez sebelum Aiden tangkap dia?"

Pantas saja Iqbal menghantar pesanan mesej itu. Lantas, dia memerhatikan kawasan sekeliling. Takut sekiranya keberadaannya di situ telah diketahui oleh anak buah Aiden.

"Perempuan? Perempuan mana? Tak ada. Aku tak nampak pun Aiden dengan Arrez dengan mana-mana perempuan."

"Okay, dalam 10 minit lagi aku datang."

Iqbal melepaskan nafas lega sebaik membaca balasan pesanan tersebut. Tangannya pantas membalas kembali pesanan itu sebelum menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Terasa ringan dadanya apabila mengetahui Adara masih selamat daripada Aiden. Iqbal segera mempercepatkan langkah apabila memastikan keadaan selamat untuk dia keluar dari situ. Dia perlu cepat sebelum Aiden sedar keberadaannya.

Sementara itu, kelihatan Adara terpinga-pinga berada di kawasan rumah besar yang tak diketahui pemiliknya itu. Adara mengambil tempat duduk mahu berehat seketika selepas berhempas pulas untuk datang ke situ.

Iqbal yang sedang sibuk mencari jalan keluar langsung tak menyedari kehadiran Adara yang berada tidak jauh darinya. Sehinggalah Adara menjatuhkan pandangan pada arah Iqbal dan bertindak untuk memanggil nama bekas tunangnya itu.

"Iqbal?" Suara Adara yang sedikit kuat berjaya menangkap perhatian Iqbal. Iqbal menoleh kepala ke arah suara itu dengan wajah yang keliru. Kerana tiada seorang pun anak buah Aiden yang memanggil dirinya sebagai Iqbal. Dia dikenali sebagai Dani.

Dan nama Iqbal itu hanya digunakan oleh Adara seorang.

Iqbal membesarkan mata tanda terkejut apabila melihat Adara dihadapannya. Tak sangka mereka bertemu semula dalam keadaan sebegini.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now