𝐁𝐀𝐁 32

39.8K 1.8K 258
                                    

         KOTA Venice yang terkenal dengan keindahan pemandangan yang cantik kini dipenuhi dengan orang ramai. Ramai para pengunjung dari pelbagai negara datang melawati kota Venice di bumi Itali itu. Termasuklah Aiden dan Adara yang memilih kota terapung itu menjadi lokasi berbulan madu mereka berdua.

"Nak naik tu!" Adara menudingkan jari pada sebuah gondola yang terapung di atas terusan air yang tak jauh daripada mereka.

"Alright, honey. Alright." Aiden tersenyum nipis melihat raut wajah isteri kesayangannya yang teruja sejak mereka tiba di sini. Kaki panjangnya berjalan mendekati Adara yang sudah jauh ke depan.

Tak menyabar betul.

Adara yang sedang asyik meliarkan pandangan pada kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan menghentikan langkah apabila Aiden melutut secara tiba-tiba di hadapannya.

Adara menundukkan badan mahu menegur perbuatan suaminya tetapi dihalang oleh Aiden daripada terus berbuat demikian.

"Aiden, nak buat apa?" Tanya Adara pelik, kepalanya ditundukkan memandang wajah tampan suaminya.

"Kenapa tak ikat tali kasut? Nanti jatuh. I don't want you falling for someone else except me, sayang." Aiden mengikat tali kasut Adara yang terlerai semasa isterinya berjalan tadi. Usai itu, dia kembali bangun berdiri. Pinggang Adara dirangkul.

"Tak perasan tadi, thank you." Adara mengoyak senyuman manisnya buat Aiden. Memang tak perasan sebenarnya. Nasib ada Aiden, kalau tak mahu terjatuh dia depan orang ramai. Ah malu!

Aiden menundukkan badannya mahu menyamai ketinggian Adara. Membuatkan Adara menapak selangkah ke belakang cuba menjarakkan kedudukan mereka. Pelik dengan Aiden yang tiba-tiba ingin mendekatkan jarak mereka.

Tetapi Aiden menahan tubuh isterinya daripada menjauhi dirinya.

"Aiden..." Panggil Adara pelik. Apalagi yang tak kena lagi ni? Tali kasut dah suami dia ikatkan. Takkan Aiden nak ikat dia pulak kan?

"No, not Aiden sayang. Call me abang." Aiden membawa tangan Adara pada hujung bibirnya. Kekura tangan Adara dicium lembut. Dagu Adara dicuit.

Tangan Adara digenggam kemas di dalam tangan Aiden. Adara mencelikkan kelopak matanya beberapa kali apabila mendengar perkataan yang meniti di bibir suaminya itu.

"Abang?"

"Yes, sweetcheeks."

Aiden mencubit pipi gebu Adara sekilas. Bibirnya sudah mengukir senyuman bangga. Dia memimpin Adara menaiki gondola yang dimahukan gadis kesayangannya tadi.

"Abang Aiden." Panggil Adara cuba mengusik suaminya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Aiden. Dia mendongak merenung sisi wajah suaminya dengan senyuman di bibir. Ingatkan apalah tadi.

Rupanya cik suami nak dia panggil abang rupanya. Sejak bila Aiden jadi comel ni?

"Careful with your words, love." Aiden mencubit hidung mancung Adara. Membuatkan Adara mengerutkan wajah menahan geram. Jelingan tajam diberikan kepada suaminya.

"Sakitlah, nak kena cubit ke cik abang?" Adara menyilangkan tangan ke dada. Ada yang kena campak dalam air ni karang. Aiden mengigit bibir bawahnya.

"I like it when you call me like that." Aiden menyebakkan rambut hitam keperangannya apabila ditiup angin. Tiga butang teratas baju kemejanya yang terbuka membenarkan dia merasakan angin sejuk yang menerpa.

"Panggil apa? Abang?" Teka Adara apabila melihat wajah suaminya yang kelihatan teruja mendengar dia memanggil nama panggilan tersebut.

"Kenapa? Sayang tak suka? I don't mind if you want to call me by my name. I like that too." Adara mengeleng tanda menafikan. Mana ada dia tak suka. Lagi suka adalah!

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now