𝐁𝐀𝐁 33

38.8K 1.8K 132
                                    

         IQBAL mengusutkan rambutnya, kakinya tak henti berjalan ke sana ke sini pada tempat yang sama. Kepalanya kini serabut apabila mengetahui dia menjadi buruan polis. Bukan sahaja di dalam negaranya tetapi turut di luar negara. Dia tiada jalan lain selain menyerahkan diri.

“Sial!” Tempik Iqbal sudah tak tahan. Meja bilik hotelnya menjadi mangsa amukan amarahnya pada ketika itu. Habis seluruh barangnya diselerakkan ke seluruh tempat.

Rambutnya yang kini semakin panjang diraup ke belakang dengan perasan bengang. Ekor matanya merenung ke arah Ray yang berada di hujung bilik. Kelihatan kumis tebal mula tumbuh di bahagian wajahnya. Keadaannya jelas tak terurus sejak kebelakangan ini.

“Mana King? Takkan aku sorang yang kena buru dengan polis? Bodoh Aiden, dah mati pun menyusahkan aku!” Iqbal duduk dengan mata yang dipejamkan. Rahang diketap geram.

Belum sempat Ray mengatakan apa-apa, ketukan di pintu bilik mereka kedengaran. Membuatkan Iqbal memalingkan wajah ke arah pintu. Dia menjeling ke arah Ray.

“Tunggu apa? Bukaklah!” Marah Iqbal ke arah Ray yang masih berdiri tercegat di tempatnya. Ray merengus geram. Kakinya diatur menuju ke pintu.

“Dasar bodoh.” Gumam Ray perlahan. Bibirnya mengukir senyuman senget sebelum beredar meninggalkan Iqbal sendirian di dalam bilik tersebut.

“Siapa datang?” Soal Iqbal dari tempatnya, kepala menoleh ke arah pintu yang kini sudah tiada kelibat Ray tadi. Hanya tinggal pintu yang terbuka.

Damn it.” Iqbal bangun dari duduknya mencari beg berisi wang tunai yang dibawa bersama. Matanya melilau mencari beg kulit hitam yang kini sudah hilang bersama Ray.

Shit!” Iqbal menumbuk dinding kerana rasa geram. Dia duduk bersandar pada dinding. Kepala ditundukkan dengan kedua belah kakinya dilunjurkan. Rasa kesal mula bertandang di dalam diri apabila melihat keadaannya sekarang.

Bibir mengukir senyuman sinis apabila mengenangkan Ray yang sudah lari bersama duitnya. Dia melepaskan tawa halus apabila menyedari karma yang berlaku pada dirinya kini menghukumnya atas segala perbuatan dia selama ini.

Menyesal? Dah terlambat.

Tak semena-mena, biliknya diceroboh oleh sekumpulan skuad polis yang melakukan serangan hendap.  Tubuhnya diarahkan meniarap di atas lantai bilik. Beberapa muncung pistol diacukan ke arahnya.

“Jangan bergerak!” Arah salah seorang pegawai polis dengan tegas. Serentak dengan itu, kedua-dua belah tangan Iqbal diangkat ke udara. Dengan perlahan-lahan, tubuhnya meniarap ke lantai dengan tangan diletakkan di belakang badan.

Finally, long time no see huh.” Dayyan datang berjalan mendekati Iqbal. Dia membongkokkan badan mahu menyamai kedudukan dia dengan Iqbal. Tangannya yang diseluk ke dalam seluar slack biru gelap yang dipakai dikeluarkan.

“Macam mana? Puas dah hati kau bunuh Aiden?” Sinis sahaja nada Dayyan bertanya. Tangannya mencengkam wajah Iqbal supaya mendongak. Sebilah pisau belati diletakkan di bawah dagu Iqbal. Betul-betul pada bahagian urat arteri lelaki itu.

“Bunuh aku.” Arah Iqbal menikam tepat ke dalam anak mata Dayyan. Tak sanggup menanggung perasaan bersalah yang membelenggu dirinya apabila membunuh Aiden di hadapan Adara.

Arrez yang turut berada di situ memandang Dayyan. Mahu mengetahui apa langkah lelaki itu yang seterusnya. Mereka berdua tidak dapat arahan daripada Aiden untuk membunuh Iqbal.

“Bunuh kau? Lepas apa yang kau dah buat, itu yang kau fikir untuk selesaikan masalah ke?” Dayyan menarik kolar baju Iqbal dengan kasar. Geram dengan sikap pengecut Iqbal di hadapannya sekarang.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now