𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆

47.7K 1.6K 109
                                    

     "CAREFUL, sweetheart." Suara maskulin milik Aiden menerjah ke dalam gegendang telinga Adara yang sedang menuruni tangga. Adara melirik ke arah riak wajah suaminya yang penuh kerisauan. Dia tersenyum sungging.

"Ya, orang tahulah abang." Bidas Adara, rambut panjangnya dibiarkan lepas sehingga ke paras pinggang. Kandungannya yang mencecah 38 minggu kini menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Jelas kelihatan perutnya semakin membukit disebalik baju yang dipakai.

Aiden menggeleng kepala melihat perangai isteri kesayangannya yang keras kepala. Dia mendekati Adara sebelum mencempung tubuh isterinya dengan mudah.

"Aiden, janganlah! Orang beratlah." Marah Adara, lengan kekar milik suaminya ditepuk beberapa kali. Namun, tiada apa yang dibalas oleh suaminya.

Yang dia dapat hanyalah ciuman hangat daripada bibir Aiden pada dahinya lama. Terpejam mata Adara merasakan sentuhan suaminya yang tak pernah gagal membuatkan dia berasa tenang.

"I don't want you to do anything right now, love. You're pregnant, baby."

Lembut sahaja nada Aiden menegur Adara. Dia sering mengingatkan Adara tentang keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Bukan apa, tapi sejak kebelakangan ini isteri dia bukan main aktif lagi.

Langsung tak reti erti penat. Semua benda nak buat. Orang kalau mengandung selalu penat, tapi Adara. Haih.

Well, she's his wife after all.

Adara memeluk erat batang leher Aiden. Tangan sasa milik suaminya masih kemas menggendong tubuhnya dalam pegangan. Matanya dikedipkan beberapa kali. Mulut mencebik.

"Janganlah marah. Sayang tak nak susahkan abang je." Tubir mata Adara mula berair. Hidung mula terasa gatal mahu bersin. Semakin hari dia semakin sensitif. Mood tak menentu. Hormon orang mengandung la katakan.

Aiden pantas mengusap pipi tembam milik wanita kesayangannya itu. Sudah biasa dengan keadaan Adara seperti ini. Yang mahukan pujukan dan perhatian daripada dia.

"No, no, no. Don't cry." Aiden mengalihkan beberapa helaian rambut milik isterinya yang menghalang dia daripada menatap wajah Adara ke belakang telinga.

"Dara sayang, abang tak marah. I'm just worried about you and our babies. Abang tak nak Dara penat. Okay, princess?" Pujuk Aiden bersama ciuman pada kekura tangan Adara.

Pandangan redup penuh kasih Aiden membuatkan Adara terpujuk. Air matanya tadi dikesat dengan belakang tangan. Dia kembali mengukir senyuman buat suami tercinta.

Makin berbunga hatinya mendengar panggilan baru Aiden pada dia sejak dia mengandung.

Dara.

Hanya Aiden sahaja yang panggil dirinya dengan menggunakan nama tersebut.

"Sorry, abang." Aiden mengukir senyuman kecil. Puncak hidung mancung Adara dicium sekilas. Naik merah wajah Adara menahan rasa. Bibirnya mengoyak senyuman sampai ke telinga.

"Ya Allah, ini dah kenapa berdukung ni? Ara nak bersalin dah ke? Leo kenapa ni?"

Kedengaran suara Puan Rossa menegur mereka berdua. Naik cemas wajah ibu mertuanya itu merisaukan keadaan Adara. Mana tak risau? Adara mengandungkan cucu pertama dia.

"Mama no. Tak ada apa mama. Leo tak nak Dara penat. That's why. She's pregnant with my child, ma." Terang Aiden sambil menurunkan Adara dengan berhati-hati. Adara tersenyum ke arah Puan Rossa.

"Isteri Leo, menantu mama. Anak Leo, cucu mama jugak. Mestilah mama risaukan Ara, Leo." Puan Rossa mengeleng kepala. Dia mendapatkan Adara. Perut Adara yang membesar itu diusap lembut. Tahu Adara menjaga kandungannya dengan baik.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now