𝐁𝐀𝐁 29

37.5K 1.9K 331
                                    

            SENYUMAN tak lekang dari bibir Adara sehingga ke hari ini. Hatinya senang memikirkan tentang hubungan dia dengan Aiden yang semakin baik. Bangga dengan Aiden yang mula berkongsi perasaan apa yang dirasakan terhadapnya walau sedikit.

Sekurangnya dia tak bertepuk sebelah tangan. Nampaknya betullah cakap ibu mertuanya, Aiden suka memendam perasaan.

Tapi dia kisah apa? Dia tahu dia sayangkan Aiden pun sudah cukup. Macam mana pula dengan Iqbal?

Sekali pun Adara tak ingat pada bekas tunangnya itu. Apatah lagi mengetahui tentang kenyataan bahawa Iqbal masih memendam perasaan pada dia sekarang.

Adara menyapu pandangan pada luar bilik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa wajahnya. Rambutnya pula beralun lembut bersama arah angin. Dia menyandarkan badan pada balkoni luar kamar tidurnya bersama Aiden.

Adara menghalakan pandangannya pula pada figura Aiden yang sedang berenang dalam kolam renang di halaman rumah agam milik Puan Rossa. Tubuh tegap Aiden yang tak berbaju itu dipandang.

Tak ada apa pun kekurangan Aiden di mata Adara. Dalam diam, sudah lama dia benarkan Aiden mengambil tempat di dalam hati selepas  Iqbal. Cuma baru sekarang dia sedar, dia betul sayangkan Aiden.

“Aku sayang kau.” Gumam Adara perlahan sambil memandang Aiden yang leka berenang.

Adara lantas menahan senyuman apabila Aiden secara tiba-tiba menoleh ke arah dia seolah mengetahui Adara memandang ke arahnya.

She's his soulmates.
Of course, he knows what ever she do.

Come, join me.” Panggil Aiden mengajak Adara turun ke bawah bersamanya. Aiden meraup rambutnya yang basah ke belakang. Kelihatan titisan air menitik pada tubuhnya yang disinari cahaya matahari.

Adara mengeleng kepala tanda tak mahu. Bibirnya mengukir senyuman dengan sengaja. Dia kembali duduk di tempatnya tadi. Pandangan Aiden padanya sekarang dipandang dari ekor mata.

Adara menala pandangan pada cincin perkahwinannya. Membaca tulisan yang diukir disitu sebelum kembali memandang ke arah suaminya semula. Bibir mencarik senyuman lebar. Dia harap hanya satu.

Supaya Aiden takkan tinggalkan dia sepertimana yang Iqbal lakukan dahulu. Dia tak kuat kalau kali ini Aiden yang pergi.

“Adara,” Panggil Aiden yang kini sudah berada di hadapannya. Wajah jengkel suaminya membuatkan Adara tersengih sampai ke telinga. Bila naik pun dia tak perasan.

What?” Balas Adara dengan muka tak bersalah. Dia menayang sebaris giginya yang putih.

Stop smiling like that, woman.” Aiden mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang disangkut pada bahu. Adara menyilangkan tangan ke dada. Dia semakin melebarkan senyuman.

Why hmmm?” Adara membetulkan rambut Aiden yang kini jatuh menutupi dahinya yang putih bersih. Dia menjengketkan badan mahu menyamai ketinggiannya dengan suaminya.

Aiden pula menundukkan badan sedikit membenarkan Adara membetulkan rambutnya.Tangan kekarnya menarik sedikit tubuh isterinya rapat pada tubuhnya.

Adara mendongak melihat wajah Aiden yang kini merenung dirinya. Sekilas, Aiden mencuit puncak hidung Adara sebelum pergi. Mulutnya sempat menjawab soalan Adara tadi.

“Because your smile make my heart melt. And I love that.”

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶


       
              “DAH, siap?” soal Dani kepada Ray yang sedang memasang bom tangan pada beberapa tempat tersorok di gudang senjata milik Aiden. Ini merupakan gudang terakhir sebelum dia menjalankan rancangannya yang seterusnya. Ray mengangkat ibu jarinya sebagai isyarat semuanya sudah siap. Dia menepuk tangan menghilangkan debu kotor yang melekat.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now