𝐁𝐀𝐁 34

40.2K 1.8K 193
                                    

          AIDEN mendekati Adara yang masih lena diatas katil mereka. Tubuhnya sudah lengkap berpakaian mahu keluar sebentar lagi. Punggungnya dilabuhkan di penjuru katil. Butang bajunya dikancingkan sambil memandang wajah polos si isteri.

Tangannya membelai lembut rambut panjang Adara yang berselerak di atas bantal yang melapik kepala isterinya. Selimut ditarik sehingga ke paras bahu Adara apabila merasakan keadaan pada pagi itu terasa sejuk sekali.

Aiden naik ke atas katil, separuh badannya dibaringkan di sebelah tubuh kecil Adara. Dia menongkat tangan memandang seraut wajah gadis kesayangannya itu. Dengkuran halus daripada Adara membuatkan dia terasa serba salah mahu mengejut isterinya.

"Love," Panggil Aiden perlahan pada telinga Adara. Tangannya menarik perlahan pinggang isterinya ke dalam dakapan. Sisi kepala Adara dikucup sekilas.

"Hmmm," Gumam Adara perlahan, masih mamai. Pinggangnya yang terasa dipeluk Aiden dibiarkan. Mata masih terpejam. Dia membalikkan tubuh menghadap Aiden. Kepala dilentokkan pada dada bidang suaminya.

"Abang nak keluar kejap." Aiden mengusap kepala isterinya. Belakang badan Adara ditepuk lembut. Seolah mendodoikan isterinya tidur kembali.

"Nak keluar pergi mana? Nak ikut." Adara mendongak memandang wajah tampan suaminya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Aiden. Tak mahu suaminya pergi. Kelopak matanya yang tadi terasa berat kini segar bugar.

"Just a second. Tak lama. Nanti Aryan datang teman." Lembut sahaja nada Aiden. Helaian rambut Adara diselak ke belakang telinga. Mahu melihat wajah Adara yang masih mamai baru bangun dari tidurnya.

"Abang tak keluar jumpa perempuan lain kan?" Wajah Adara serta-merta menjadi garang. Nadanya bertukar keras. Pegangan tangannya pada pinggang Aiden diketatkan. Matanya tajam merenung pada anak mata Aiden.

Berani Aiden cari lain? Huh.

Memang Adara bawak parang, kerat 14!

Aiden melemparkan kepalanya ke belakang sambil melepaskan tawa halus. Adara mencubit pinggang suaminya. Tak puas hati melihat Aiden yang seronok mentertawakan dia. Terasa dada bidang milik suaminya bergetar seiring dengan tawa lelaki itu.

Eh, cekik nanti baru tahu!

Love, did you know you looks so cute when you're jealous, hmm?” Aiden melarikan jarinya di bawah dagu Adara. Hidungnya dilanggar pada hidung mancung Adara yang sedang memerah. Adara mengecilkan mata ke arah Aiden.

Jangan tergoda dengan Aiden, Adara!

You're the only girl I want to spend my life with. So, don't expect any girl except you in my life. Okay, honey?” Aiden mengucup kedua-dua belah pipi Adara sebelum mendarat pada hidung isterinya. Adara tahan senyum.

“Okay.” Adara menyorokkan wajah pada ceruk leher Aiden. Bibir sudah mengukir senyuman sampai ke telinga. Aiden tersenyum nipis melihat tingkah isterinya itu.

So, can I go now, princess?” Aiden mengusap bahu Adara. Adara perlahan-lahan meleraikan pegangan pada pinggang Aiden. Wajahnya bertukar masam apabila sudah sampai masa untuk Aiden pergi. Kepalanya diangguk perlahan sebagai jawapan.

Aiden mengurut dahi Adara yang jelas berkerut. Tahu isterinya tak suka dia pergi. Tapi nak buat macam mana? Ada beberapa perkara yang dia perlu selesaikan. Aiden memagut dagu Adara ke atas apabila wajah cantik isterinya menunduk.

Love, look at me. Let me see your smile, please?” Pujuk Aiden. Pipi gebu Adara dicuit beberapa kali. Adara mengalah. Seulas bibirnya itu naik mengukir senyuman seikhlas yang mungkin untuk Aiden.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now