𝐁𝐀𝐁 35

40.4K 1.8K 151
                                    

             PAGI itu terasa sejuk sekali. Adara membalikkan badan cuba mencari kehangatan tubuh Aiden di sebelahnya. Tangan meraba tempat tidur suaminya yang terasa kosong. Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan mencari kelibat Aiden.

“Abang?” Panggil Adara perlahan cuba mencari Aiden di dalam bilik mereka berdua. Dia mengagahkan diri untuk bangun dari katil. Adara mengeliatkan tubuh yang terasa lenguh. Mulut menguap sesekali. Tangannya naik menyanggul rambut.

“Aiden?” Panggil Adara sekali lagi yang kini mengorak langkah ke dalam bilik air mereka pula. Malangnya, Aiden tiada. Adara membuka pili air mahu menyegarkan muka.

“Mana dia ni?” Gumam Adara sendiri. Tiba-tiba, Adara terbau sesuatu yang sedap daripada dapur. Adara mengukir senyuman. Kaki mengatur langkah menuju ke dapur mengikut bau masakan yang membuatkan dia kecur air liur.

Tak lama kemudian, kelihatan belakang badan Aiden yang tidak berbaju bersama sepasang sweatpants berwarna kelabu yang sedang memasak berada dalam pandangan Adara.

Adara perlahan-lahan mendekati Aiden bersama senyuman di bibir. Tangan dililitkan pada pinggang suaminya. Kepala dilentokkan pada bahu lebar milik Aiden. Tanpa amaran, pipinya dicium sekilas oleh Aiden.

Morning, my love.” Aiden menarik pinggang Adara pada sisi tubuhnya. Sebelah tangannya lagi sedang leka memasak makanan untuk sarapan mereka berdua pada pagi tersebut.

Morning too, husband.” Adara menjengketkan sedikit kakinya mahu mencium pipi Aiden. Pinggangnya diurut lembut oleh suaminya sesekali.

“Kenapa tak kejut?” Tanya Adara, dia mendongak merenung sisi wajah Aiden yang sedang leka memasak. Pipinya disembamkan pada dada suaminya.

“I want you to rest after last night, hun. You looks tired.” Aiden smirk. Secara spontan, dadanya dipukul Adara. Aiden melepaskan tawa kecil.

“Jangan nak mengada senyum macam tu.” Marah Adara bercekak pinggang.

Fine, don't mad at me anymore, love.” Pujuk Aiden. Pipi gebu Adara dicubit lembut. Geram. Adara menampar tangan Aiden. Mata tajam menjeling suaminya.

Amboi, dia tu. Cubit cubit orang pulak.

“Sini, nak masak. Abang masak apa?” Adara mengambil sudip dari tangan Aiden. Mata mengerling nasi goreng buatan suaminya. Macam sedap.

No need. Dah siap masak dah pun. Pergi duduk sana.” Aiden mengambil semula sudip dari tangan Adara. Tubuh kecil Adara dicempung ke arah meja makan.

“Saja je kan nak angkat orang? Orang ada kakilah.” Perli Adara. Telinga Aiden ditarik. Aiden pantas memalingkan wajah. Dia mengacah mahu mengigit tangan Adara.

What can I say, woman. I love carry you around.” Aiden menurunkan tubuh Adara dengan penuh berhati-hati.

Wait here, abang bawakkan makanan.” Pesan Aiden sebelum kembali ke dapur. Adara mengangguk kecil, matanya menghantar pemergian Aiden.

Kakinya digoyangkan ke kiri dan kanan di bawah meja. Tangan menongkat dagu melihat Aiden di dapur. Menikmati pemandangan Aiden berjalan tanpa memakai baju. Handsome.

Suami siapalah ni.

Stop scanning me, love.” Tegur Aiden, dahi Adara dijentik oleh suaminya. Adara mengerut wajah menahan sakit. Ceh, tak adalah sakit mana. Tapi sakit sebab malu kantoi dengan Aiden.

“You're already see more than this. Right, love?” Aiden mendekatkan wajahnya kepada Adara. Tangan diletakkan pada belakang kerusi yang diduduki oleh isterinya. Serta-merta, Adara membelakangkan tubuh.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now