𝐁𝐀𝐁 10

39K 1.8K 211
                                    

      “My pleasure, nice to meet you too jer- sorry I means Tuan."

Adara sedaya upaya cuba mempamerkan senyuman plastik. Tetapi dia langsung tak menyesal apabila mulutnya tersasul mahu menyebut perkataan jerk itu di hadapan Aiden. Saja bagi lelaki yang sudah bergelar majikannya itu sedar diri.

Dasar jerk.

Aiden hanya bersikap bersahaja. Seolah-olah mereka berdua tak pernah berjumpa sebelum ini. Riak wajahnya yang kosong menyukarkan Adara untuk mengetahui apa yang bermain di minda lelaki itu pada ketika ini.

It's an honour to collaborate with MZ. Shall we start the meeting right now, Sir?

Suara Encik Khairul serta-merta menamatkan perkenalan singkat Aiden dan Adara sebentar tadi. Dirinya langsung tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku antara pekerja kesayangannya dan direktor syarikat ternama tersebut.

Aiden mengangguk kecil tanda setuju dengan kata-kata Encik Khairul. Adara hanya memerhatikan gerak geri Aiden dalam diam. Tak percaya lelaki itu adalah orang yang sama yang dia jumpa pagi tadi.

“ Adara, boleh tolong ambilkan all my documents in my office? Saya terlupa Linda cuti hari ni. ”

Pinta Encik Khairul menoleh ke arah Adara. Riak wajahnya serba salah apabila terpaksa menyusahkan Adara. Sementara, Adara sudah menghela nafas lega apabila mendengar permintaan Encik Khairul. Dia mengulum senyuman.

Boleh la dia mengelak daripada Aiden. Hatinya sudah bersorak penuh gembira.

Thank you Encik Khairul !

“ Baik boss, anything else? ” Tanya Adara dengan mata yang bersinar-sinar. Tak sabar nak keluar daripada ruangan mesyuarat itu yang mempunyai manusia bernama Aiden di dalamnya.

Encik Khairul mengeleng kepala. Segaris senyuman terpamer di wajahnya. Adara sempat kerling ke arah Aiden sekilas. Kalau boleh tak nak tapi tengok jugak.

Kelihatan Aiden langsung tak mempedulikan kehadiran dia di situ. Lelaki itu sedang sibuk melihat skrin telefon pintarnya. Adara menahan diri daripada menjulingkan mata ke atas.

“ Kalau macam tu, saya pergi dulu ya, boss. ”

Ucap Adara meminta diri. Dia tersenyum simpul. Kakinya sudah membuka langkah ke arah pintu keluar. Sempat dijeling sekilas Aiden dari ekor matanya. Adara tahan senyum jahat dari terukir di bibirnya.

Ingat Aiden seorang saja yang boleh pura-pura ? Heh.

Two can play the game.

Pintu kaca itu ditolak sedikit kuat oleh Adara. Rakan sekerjanya yang lain mula masuk memenuhi ruangan mesyuarat tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman tanda menyapa mereka.

Miss Adara... ” Panggil seseorang membuatkan Adara menoleh ke belakang semula. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin apabila menyedari Aiden yang memanggilnya.

Oh sekarang baru sedar aku ada dekat sini?

Adara menahan kata-kata itu terlepas dari mulutnya. Senyuman palsu ditayang semula.

"Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh tolong, Tuan Aiden?" Tanya Adara dengan nada yang selembut yang boleh. Dia masih mengekalkan formaliti.

“Can you bring a cup of hot coffee? I don't get one for my breakfast today. ”

Semudah ABC saja lelaki itu meminta kepada Adara tanpa segan silu. Aiden hanya beriak selamba. Langsung tak serba salah apabila tidak menggunakan perkataan please atau tolong.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now