𝐁𝐀𝐁 21

38.7K 2K 122
                                    

      DANI menghempaskan tubuh pada katil empuk hotel yang dia diami dalam beberapa bulan ini untuk menyorok daripada Aiden. Wang tunai yang dibawa olehnya lebih daripada cukup untuk menanggung dirinya
berada di situ lebih lama.

Cuma sekarang dalam fikirannya hanya terbayangkan Adara. Tak pernah satu saat dia lupakan apa yang dia buat pada gadis itu. Walaupun alasannya meninggalkan Adara adalah untuk keselamatan gadis itu sendiri. Dia tetap salah kerana tak berterus terang.

Dia salah kerana memberi harapan palsu kepada hubungan mereka. Dan sekarang Adara mangsanya.

Dani bangun. Dia dah penat menyesali kesilapan dia yang lalu. Dia perlukan betulkan segalanya sebelum terlambat.

Dia perlu cepat sebelum Adara tawar hati. Kerana dia masih cintakan Adara lagi dan mahukan Adara menjadi pemilik hatinya untuk selamanya.

It's simple, just work for me.”

Kata-kata King terlayar di fikiran. Walaupun berulang kali dia cuba memberitahu dirinya bahwa King hanya nak mempergunakan dia, kata-kata lelaki misteri itu masih menghantui dia.

Lelaki itu terlalu licik. Banyak tipu muslihat. Dani tahu semua itu. Dia berusaha tak mahu ditipu.

“Dani.” Panggil Ray yang baru tiba selepas membeli makanan untuk mereka. Dani menoleh ke arah Ray. Plastik berbungkus makanan itu disambut oleh Dani.

“Eh, lupa. Tadi Zack call aku.” Ray mengambil tempat duduk di sebelah Dani.

“Siapa Zack?” Tanya Dani ingin tahu. Tak mengenali siapa yang maksudkan oleh Ray sekarang.

“Budak King yang kau tumbuk hari tulah.” Ray menghirup kuah sup tulang yang dibeli dalam perjalanan pulang ke hotel tadi.

“Kenapa dengan dia? Nak mampus dah?”

Dingin nada Dani bertukar apabila mengingat kembali lelaki yang bernama Zack itu. Masih segar di ingatannya bagaimana mulut celupar  Zack menghina Adara sebagai pelacur.

Terasa mengelegak darah Dani mengingat kembali kata-kata itu. Rahang diketap kuat. Matanya dipejam menahan diri daripada mengamuk.

That piece of shit.

“Dia kata King nak jumpa kau.” Sambung Ray, dia melemparkan pandangan pelik pada Dani yang seperti menahan marah.

“Buat apa? Aku tak ada masa. Banyak lagi benda aku nak buat.” Dani menghirup setin Coke sejuk yang dibeli Ray. Melegakan tekak dan dirinya yang terasa panas.

Ray mengangkat bahu tanda tak tahu. Tangannya turut diangkat sekali apabila melihat pandangan Dani kepada dia yang langsung tak bersalah.

“Kau kenapa? Relaks. Chill. Kau tak nak jumpa dia sudah. Aku tak paksa kau. Apa kau nak buat lepas ni?”

Tanya Ray ingin mengetahui rancangan Dani selepas berhenti kerja dengan Aiden beberapa bulan yang lepas. Sampai bila mereka berdua nak bersembunyi daripada Aiden?

Cepat atau lambat saja, Aiden akan menemui mereka.

“Aku tak tahu lagi.  Tuan Malik banyak kali  call aku. Tapi aku tak angkat sebab tak nak dia tahu aku dekat mana. Aku rasa dia tak tahu lagi aku dah berhenti kerja untuk anak dia.”

Terang Dani, teringat pada panggilan daripada bapa kandung Aiden iaitu Tuan Malik. Dani sendiri tahu hubungan anak beranak itu tak berapa elok. Tapi ada kemungkinan juga Tuan Malik akan memberitahu Aiden keberadaan dia di mana.

“Ke Tuan Malik call kau sebab Aiden nak kahwin? Mesti dia pelik kenapa kau tak ada.” Ray memberi pendapatnya sendiri.

“Aiden kahwin? Dengan siapa?”

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now