Part 2

90K 3.7K 47
                                    

"Get out and get lost now."

"Get lost now."

"Now."

Buk! Beg SAGku terjatuh menyebabkan lamunanku tersentak. Ish, kacau betullah bas ni. Waktu nilah bas ni nak brek. Aku membuang pandang ke luar tingkap. Terngiang-ngiang di telinga aku ayat Encik Syakir di pejabatnya tadi.

Perh, pedas lagi berapi. Dia ingat senang ke aku nak lupakan ayat dia tu. Dia buat aku macam pengemis. Oh, Encik Syakir! Muka kau memang kacak, tapi mulut kau macam longkang.

Aish. Macam mana aku nak berhadapan dengan keluarga aku ni? Apa yang perlu aku jawab nanti? Sedangkan mereka sangat berharap agar aku dapat kerja itu. Keluhan berat aku lepaskan. Sepanjang perjalanan, aku hanya termenung dengan perasaan yang berkecamuk.

*********************

Aku menikmati makan malam bersama keluargaku. Sebenarnya, bukanlah keluarga kandungku tapi mereka hanyalah keluarga angkatku sejak aku berumur 15 tahun. Semasa aku berumur 7 tahun, aku menetap di Rumah Cahaya Qaseh setelah kedua-dua ibu bapaku meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Sedih. Sebak. Terkilan. Kesunyian. Kehampaan. Pelbagai perasaan yang menular dalam hatiku saat itu. Hampir sahaja aku menyalahkan takdir Allah, tapi setelah dinasihati Umi Rahmah, penjaga Rumah Cahaya Qaseh itu, aku menjadi lebih sabar dan tabah. Alhamdulillah, kini aku dapat merasai kasih sayang keluarga meskipun hanya keluarga angkat. Abah bekerja sebagai seorang anggota polis yang kini berpangkat Sarjan. Sebab itulah kami tinggal di berek polis Bukit Aman ini. Umi pula hanya mengambil upah mengasuh anak. Dan aku mempunyai seorang abang angkat, Badrul yang kini bekerja di Johor Bahru manakala adik angkatku, Batrisya masih belajar di tingkatan lima.

"Qirah, macam mana dengan temuduga tadi? Okay?" Pertanyaan abah membuatkan aku tersedak. Segera aku mencapai gelas yang berisi air sirap limau lalu kuminum.

Umi yang berada di sebelahku menepuk lembut belakangku. Fuh, lega! Tapi... alamak abah ni. Dia boleh tanya soalan macam ni pula waktu makan ni. Apa aku nak jawab? "Temuduga tadi... okaylah. Biasa saja. Tak adalah susah sangat. Susah lagi exam kot." Jawabku, bohong. Maaf abah, Qirah tak boleh beritahu perkara sebenar.

"Oh, begitu! Bila nak dapat keputusan?" Tanya abah lagi sambil tangannya mencedok kuah kari ayam ke dalam pinggannya.

Aku terdiam sejenak. Otakku ligat mencari jawapan yang sesuai. "Hmm. Tak tahulah, abah. Tapi katanya, dalam masa terdekat ni. Kalau dapat, nanti pihak sana akan call. Kalau dia tak call, maknanya tak dapatlah tu. Lagipun kan abah, ramai betul orang yang interview tadi. Rasa macam peluang untuk Qirah diterima tu tipis aje." Pandai juga aku beri jawapan. Haa, siapa kata aku tak pandai berlakon?

Eleh Qirah... dahlah membohong, lepas tu ayat buat macam karangan. Berbakul-bakullah dosa kau hari ni. Eh, sekejap. Aku cakap harapan macam tipis ke tadi? Huh! Bukan macam tipis, tapi memang dah disiat-siat dah pun. Belum sempat interview, dah kena reject awal-awal. Nak buat macam mana, rezeki tiada.

"Apalah cakap macam tu. Banyakkan doa, in shaa Allah kamu diterima. Qirah kan pandai, kelulusan bagus, selalu dapat anugerah dekan masa di universiti dulu. Ada harapan untuk diterima. Percayalah," umi berkata lembut. Ahhh, terharunya.

Aku tersenyum hambar. Aku pasti umi dan abahku sangat berharap agar aku mendapat kerja yang sesuai dengan secepatnya. Mereka pasti mahukan yang terbaik buat diriku. Meskipun aku hanya anak angkat mereka, tapi mereka tidak pernah bersikap pilih kasih. Itu yang membuatkan aku semakin sayang akan keluarga ini.

"Umi ni, benda tu pun nak cerita. Belum tentu lagilah, mi. Tak apalah. Umi, abah, Isya doakanlah Qirah ya." Aku menunjukkan muka yang tersangat manis. Itu sahaja yang mampu aku katakan.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now