Part 22

58.1K 2.8K 132
                                    

Notes from Waniel 2022: Hi, bab ini telah diubah sedikit. Kalau versi lama, bab ini sepatutnya Syakir bakal dibenci para pembaca tapi rasanya, bab ni selamat kot haha. Saya tak nak buat Syakir jadi jahat sangat.


AKU hanya mengangguk mendengar setiap bebelannya. Mahu sahaja aku terus melentokkan kepala dan menyambung tidur, tapi tak patut pula jika aku membiarkannya bercakap seorang diri. Tapi... Argh!!! Aku ngantuk sangat ni. Terseksa telinga dan mataku mendengar bebelannya dan terpaksa celik kerana ingin menemaninya.

"Cuti, cuti juga. Jangan suka sangat. Ingat... kau kena ganti balik cuti kau tu," omel Syakir sedari tadi asyik berbicara tentang kejadian semalam dan cuti. Aku hanya mengangguk, mengangguk dan terus mengangguk.

Mamat ni macam tak puas hati betul bila aku dapat cuti seminggu. Bukan aku yang minta, ya. Doktor peribadi mereka yang beri dan Dato' Salim pun tak ada masalah dengan perkara itu. Mana tidaknya, kaki yang aku sangkakan cuma bengkak dan sengal akibat jatuh semalam rupanya terseliuh dan retak sedikit. Jadi, aku dinasihatkan supaya tak buat kerja berat-berat dalam masa terdekat.

"Dengar tak?" soalnya untuk memastikan aku mendengar segala percakapannya tadi. Mungkin kerana aku langsung tak memberi respon secara lisan, dia meneka bahawa aku tidak mendengar bebelannya.

"Ya, saya dengar." Balasku pendek.

Aku menyandarkan kepala di kepala kerusi. Mataku kupejamkan, namun tak mampu tidur sedangkan tadi beria mata ini terasa kantuk. Suasana terus menjadi sepi. Hanya bunyi radio berkumandang yang menemani perjalanan kami.

Namun, suasana sepi itu tak lama apabila tiba-tiba Syakir menegur. "Tidur?"

Dahiku berkerut kehairanan. Dia bercakap dengan aku, ke? Aku menoleh ke kiri kemudian ke kanan. Seketika, aku menoleh pula ke belakang.

"Tak payah nak acah-acah cari orang lain. Kau dengan aku aje dalam kereta ni. Maknanya aku tengah bercakap dengan kau," ujarnya dengan nada mendatar.

Perlahan-perlahan, aku menoleh memandangnya. "Kenapa, tuan?"

"Tolong jangan tidur. Sekejap lagi nak sampai roundabout. Aku tak tahu nak belok mana nanti," terangnya dan aku hanya mengangguk faham.

Senyumanku melebar tatkala kereta Audi A7 milik Syakir memasuki kawasan perumahan aku. Sampai juga akhirnya. Sepantas kilat aku membuka ikatan tali pinggang keledar. Aku cuba untuk mencapai beg baju di kerusi penumpang belakang, tapi tak boleh dicapai.

Syakir yang memerhati gelagatku dari tadi membuka mulut. "Kau memang jenis tak reti menyabar, eh? Cubalah tunggu aku ambilkan."

Aku hanya tersengih mendengar bebelan Syakir. Aku bukannya tak boleh sabar, cuma aku dah tak sabar nak bertemu keluarga tercinta. Rinduku dah di tahap menggunung , tak boleh nak dibendung lagi.

Syakir keluar daripada kereta. Kemudian, pintu belakang dibuka lalu dia mengambil beg baju tersebut lantas menutup pintu kereta. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka dari luar olehnya. Aku memandang Syakir tanpa berkelip.

"Dah kenapa? Tak nak keluar?" tukasnya membuatkan aku tersentak. Ala... nak lambat sikit pun tak boleh. Tapi, aku juga yang nak nak cepat sangat tadi. Ha ha ha.

Aku melangkah keluar daripada perut kereta dengan berhati-hati. Pintu kereta itu Syakir tutup semula. "Tuan nak balik terus, kan?"

Bukan aku tak ingat semalam, bukan main mengeluh lagi dia bila Datin Fatinah minta dia hantarkan aku balik ke rumah. Salah satu sebabnya adalah kerana dia ada date dengan buah hatinya, Tiara. Date apa entah hari Isnin ni? Tak kerja ke? Eh! Aku pula yang sibuk.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now