Part 14.

62.4K 2.8K 88
                                    

Syakir dan Syakirah baru sahaja pulang dari berjoging. Tercungap-cungap nafas mereka dengan wajah yang kemerah-merahan. Sesekali, peluh yang mengalir keluar dilap dengan sapu tangan. Air mineral di tangan mereka diteguk rakus akibat kehausan. Mereka duduk bersandar di meja batu di bawah pokok angsana.

Aku hanya melihat tingkah mereka berdua yang kurasa sangat sweet. Kalau orang lain tak mengenali mereka, mungkin mereka akan fikir yang dua beradik ini adalah pasangan kekasih. Cemburu pula aku melihat mereka bersantai sedangkan aku, terpaksa membuat kerja-kerja rumah pada hari yang sepatutnya aku bercuti. Tak adil. Dia senang lenang berjoging bagai, tapi aku? Argh!!

Kulihat Syakirah sudah mengatur langkah memasuki vila. Hos di tangan segera kulempar. Aku masuk ke dapur, membuka peti ais dan mengambil sekotak Marigold perisa oren lalu kutuang ke dalam gelas. Aku membawa gelas tersebut dengan berhati-hati ke meja batu.

"Tuan, sila minum." Aduh, skemanya ayat aku.

Dia memandangku pelik. Kenapa pandang macam tu? Tak percaya ke aku yang bagi dia air?

"Ai, baiknya kau. Bagus. Tak payah penat-penat suruh. Tahu juga kau kerja orang gaji," tukasnya lalu dia mencapai gelas oren tersebut.

"Eh, bukan ke saya ni memang baik?" Hmm, memanglah baik. Sebab aku nak minta kebenaran daripada kau.

Dia tersedak. Hampir sahaja air di dalam mulut tersembur. Tak senonoh.

"Ei, perasan. Menyesal pulak puji kau." Dia mencebikkan bibir.

Aku tersenyum sumbing. Masih tegak berdiri di sebelahnya. Dia kembali memandangku dengan pandangan yang pelik.

"Err.. tuan." Tersekat-sekat suaraku.

"Hmm..."

"Esok Ahad kan?"

"Iyalah. Takkan undur ke Jumaat pulak," jawabnya sarkastik. Sesekali dia mencicip air oren di tangannya.

"Esok saya cuti kan?" Tanyaku. Aku ingin menyambung soalanku, tapi melihat dia yang terus meletakkan gelas ke atas meja sambil memandangku tajam, hasratku untuk bertanya terbantut.

Dia merengus,"kenapa tanya? Kau nak pergi mana? Memanglah esok cuti, tapi tak semestinya kau boleh keluar dari vila ni."

Dia berkata lagi,"kau mesti dapatkan kebenaran aku kalau nak pergi mana-mana. Ingat, aku ni bos kau. Apa-apa pun, aku mesti tahu. Kau mesti beritahu aku."

Aku hanya mendengar. Aku bermain-main dengan jari-jari halusku. Ei, aku tak cakap apa-apa lagi. Baru mukadimah, tapi dia dah mula membebel macam mak nenek.

"Iya, saya tahu. Sebab itulah saya nak minta kebenaran tuan ni. Esok saya nak..."

"Nak pergi mana? Cakaplah." Pintasnya.

Aku menggigit bibir. Tak boleh ke dia dengar cakap aku dulu? Belum apa-apa, dah potong. Jangan sampai aku kerat lidah tu baru tahu.

"Tuan ni, sabarlah. Saya nak cakaplah ni. Err.." aku mendengus geram. Lalu menyambung,"saya nak balik rumah esok. Abang saya dah nak balik JB esok petang. Jadi, saya fikir esok pagi nak balik, nak jumpa dia dulu. Boleh kan?"

Aku mengkelip-kelipkan mataku berulang kali, berharap yang dia akan memberi kebenaran. Tidak boleh tidak, dia mesti beri kebenaran juga. Sebab sudah termaktub dalam syarat perjanjian yang aku bercuti setiap hari Ahad. Kalau dia tak izinkan, gelas tu aku sumbat dalam mulut dia.

"Oh no.. please. Don't make that face. So annoying." Pedas. Sentap. Itu yang aku rasa saat ini.

"Hmm, baiklah. Aku benarkan. Tapi, sebelum pukul 8 malam, pastikan yang kau dah ada di vila ni. Kalau aku tak nampak batang hidung kau dalam vila ni nanti, nahaslah kau." Ugutnya.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now