Part 23

53.1K 2.6K 41
                                    

ASUS Zenfone 6 milikku berbunyi menandakan satu panggilan masuk. Aku terus mencapai ASUS yang sudah memang di tepiku. Well, remaja sekarang dengan telefon tak boleh berpisah kut. Cit, tapi aku taklah kronik mana okey.

Nama Pika membuatkan senyumku melebar. Dah lama tak dengar khabar dia. Almaklumlah, cik akauntan kita seorang ni sibuk. Kerja dekat syarikat maju, memanglah macam tu. Ya dak?

"Assalamualaikum," sapaku sebaik sahaja panggilan aku jawab.

"Waalaikumusalam. Beb, kau apa khabar?" Sahut Pika dengan suara yang agak nyaring sehingga aku terpaksa menjauhkan sedikit telefon daripada telinga.

"Baik, alhamdulillah. Kau bingit sangat ni apahal? Kau bukan kat office ke? Bos kau tak marah ke kalau memekak waktu kerja ni?" Soalku bertubi-tubi.

Pika ketawa kecil di hujung talian. Sekilas aku mengerling jam dinding. Pukul 1.15 petang. Oh, patutlah Pika telefon aku. Suara pun tak reti nak kawal. Main redah aje.

"Aku kat restoran la weh. Bos tak marah tak. Haha. Aku nak tanya ni... tapi , kau jangan marah eh?"

Dahiku berkerut seribu. Nada suaranya seolah-olah ingin bertanya sesuatu yang penting. Penting sangat ke ?

Aku menggumam. "Hmm, tanyalah."

"Aku tanya ni."

"Ya, tanya jelah cik kak."

Aku dah mula panas. Ada juga manusia yang tak faham bahasa sekarang ni. Aku cakap bahasa Melayu kut, bukannya aku cakap bahasa Uganda.

Pika ketawa berdekah-dekah di sebalik talian. Dan aku hanya mendengar gelaknya tanpa perasaan. Pika bersuara setelah ketawanya reda. "Betul ni boleh tanya? Jangan marah ta..."

Aku memotong, "sekali lagi kau tanya boleh ke tak, aku tutup phone ni. Then, bila aku jumpa kau nanti, aku lempang kau laju-laju. Percayalah!" Tegasku.

Aku pun tak tahu kenapa tapi hari ini aku agak moody. Mungkin sebab aku asyik terperap dalam rumah, tak bebas bergerak, bosan dan kesakitan. Mungkin.

Pika terdiam agak lama. Aik ,takut ke nangis ni?

"Ala, gurau pun tak boleh. Hmm.. Qirah, aku dengar kaki kau retak teruk. Siap pakai tongkat lagi. Asal weh jadi lagu tu?" Soal Pika mula serius. Tahu pun nak serius. Ingatkan dia tersedut gas ketawa sampai tak boleh serius.

"Haa, ni bagusnya ada kawan macam kau. Dah tiga hari aku terperap dalam rumah, baru kau nak call aku. Asal tak tunggu kaki aku baik aje baru tanya ? " perliku.

Pika menggumam. "Ala, beb. Bukannya apa, masalahnya aku baru tahu kut. Lainlah aku ada waktu kau kena tu." Ujar Pika membela dirinya.

Aku menggumam. Betul juga apa yang dia cakapkan. Dia tak ada waktu aku jatuh. Tapi... eh.

"Eh, habis tu... macam mana kau tahu?."

"Tahulah... bos kita bagitahu," jawab Pika membuatkan aku berkerut seribu.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Bos kita? Bila masa aku satu kerja dengan kau?"

Ish, Pika nilah. Mengarut aje.

Pika menderam. "Kau ni... siapa lagi kalau bukan Encik Syakir tu? Dia kan bos kita. Cuma bezanya tempat kerja kita lain-lain," terang Pika seraya dia ketawa.

Aku menepuk dahi. Baru aku teringat yang dia bekerja di syarikat milik papa Syakir. Tapi aku tetap tak dapat tangkap maksud dia tadi. Sebab, dia gelarkan Syakir bos. Aku gelarkan Syakir sebagai tuan.

"Errr. Dia bos kau sorang la. Tapi kan Pika... asal dia bagitahu kau? Hah, kau ada affair dengan bos eh?" Tebakku sengaja ingin menyakatnya.

Pika dah mula menyinga. "Banyaklah kau. Bos tu dah ada girlfriend tau. Hampir setiap hari dia datang pejabat sampai aku dah naik hafal pukul berapa dia akan datang."

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now